Tuesday, 30 October 2018

[Video Maszlee balas Najib: Kalau tak beli Bijan, Hermes, cincin berlian...Boleh menampung pendidikan percuma] Masih ada rakyat terhibur tengok kapal terbang di Kelantan.

Selasa, 30 Oktober 2018

Image may contain: one or more people
Kalau setakat membiayai pembinaan ECRL apalah sangat...Mereka sudah membina kapal terbang sendiri. Tolong jangan perlekehkan.
Tumpang sekole.

Masih ada rakyat terhibur tengok kapal terbang di Kelantan

Antara sedih dan malu, Ketua Pembangkang Datuk Md Alwi Che Ahmad nampaknya terpaksa pasrah apabila melihat bagaimana sesetengah penduduk Kelantan menjadikan aktiviti pesawat udara di lapangan terbang negeri itu sebagai hiburan mereka.
Kata Md Alwi tahap pembangunan pusat-pusat rekreasi di Kelantan pada ketika ini sangat menyedihkan.
Ketika bangkit mengemukakan soalan tambahan hari ini beliau menyatakan, tidak ada negeri di dunia ini menjadikan kawasan lapangan terbang sebagai tempat 'hiburan' seperti di Kelantan.
"Kalau kita mengembara ke seluruh dunia, semua bandar ada taman.
"Contohnya di London, New York, Kuala Lumpur pun ada taman-taman, dan ini perkara yang amat diperlukan oleh penduduk.
"Tetapi apabila datang ke Kelantan saya kadang-kadang sedih, kadang-kadang malu pun ada, tapi nak buat tak mampu," katanya.
ADUN Kok Lanas itu mendakwa ketika ini masih ada penduduk di Kelantan "pergi berhibur" bersama anggota keluarga di sekitar lapangan terbang.
Boleh berehat lepas pencen
"Masih ada (rakyat) petang-petang (bawa) keluarga pergi berhibur di lapangan terbang, tengok kapal terbang turun, kapal terbang naik.
"Tidak ada dah dalam dunia ini penduduk mana-mana negeri yang bawa keluarga tengok kapal terbang turun dan naik," katanya.
Md Alwi berkata demikian pada sesi soal jawab mengenai belanjawan negeri itu.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena