Thursday, 25 October 2018

[Video Bagilah maklumat, tak payah pergi China] Alahai Kak Jat, LEMBU PUN TAK TERURUS! Pertuduhan Pecah Amanah Jenayah dana milik kerajaan RM50.4 juta & Hasanah terpaksa meminjam untuk bayar ikat jamin RM500,000... akaun bank serta pencennya telah dibeku.

Jumaat, 26 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
NAK URUS LEMBU2 PUN TAK PANDAI.....ALAHAI!
APA HAK KAU MINTA KERAJAAN DI KEMBALIKAN.
LEMBU PUN TAK TERURUS INI KAN KERAJAAN..
Foto Otai BERSIH.
RINGKASAN PENDAKWAAN KES BEKAS KETUA PENGARAH ORGANISASI PERISIKAN LUAR MALAYSIA (MEIO)

Satu pertuduhan

Hakim: Y.A Azman Ahmad

Pasukan Pendakwaan
1. Datuk Seri Gopal Sri Ram
2. Kamal Baharin Omar
3. Ahmad Sazilee Abdul Khairi

Pasukan pembelaan Datuk Hasanah Abdul Hamid
1. Datuk Shaharudin Ali
2. Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz

Sebut semula kes : 29 November 2018
Jaminan :
1.RM500,000 dengam dua penjamin
2.Pasport antarabangsa/diplomatik diserahkan kepada mahkamah.

HASANAH BINTI AB HAMID mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah terhadapnya.

1. 30 April 2018 - Pecah amanah sejumlah USD 12.1 juta milik Kerajaan Malaysia
JUMLAH : RM 50.4 juta

Kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan
Hukuman: Jika sabit kesalahan penjara selama tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

Hasanah terpaksa meminjam untuk bayar ikat jamin RM500,000

Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid berkata beliau terpaksa meminjam wang untuk membayar ikat jamin RM500,000 yang ditetapkan terhadapnya.
"Ya, saya terpaksa pinjam wang," katanya ketika ditemui di luar kaunter ikat jamin Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira pukul 3.40 petang tadi.
Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada beliau mampu membayar ikat jamin itu.
Namun ketika diminta mengulas lanjut tentang pertuduhan terhadapnya, Hasanah enggan mengulas dan meminta pemberita merujuk peguamnya.
Hasanah dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah jenayah atas kapasitinya sebagai ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) melibatkan dana kerajaan berjumlah AS$12.1 juta antara 30 April hingga 9 Mei tahun ini.
Peguamnya Shaharudin Ali memohon agar ikat jamin dikurangkan kepada sekitar RM300,000 selepas ketua pendakwa Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan RM1 juta dengan dua penjamin.
Shaharudin memberitahu mahkamah bahawa Hasanah hanya mampu membayar RM300,000, dan akaun bank serta pencennya telah dibeku.
Beliau juga menyatakan beberapa sebab lain, termasuk Hasanah tidak berisiko untuk meninggalkan negara dan telah menyumbang kepada keselamatan negara.
Hakim Azman Ahmad kemudian menetapkan ikat jamin RM500,000 dengand dua penjamin, dan syarat tambahan iaitu Hasanah perlu menyerahkan pasportnya.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena