Sunday, 28 October 2018

[Video 2 Kad Merah PERGADUHAN antara Perak & Terengganu] "Kami tak kalah, cuma...!" Macam pernah dengar, kat mana ye? Patut kaloh pung, ado bendera walaun....πŸ˜‚πŸ˜‚ MAMPUKAH ular lidi menelan ular sawa? Jika 40 Ahli Parlimen Umno masuk Bersatu - BERSATU jadi Umno dan Umno menguasai BERSATU!

Ahad, 28 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
"Kami tak kalah, cuma..."
Macam pernah dengar, kat mana yaa..
HAR.. HAR.. HAR..

Foto Otai BERSIH.
Patut kaloh pun...ado bendera walaun....

JIKA 40 AHLI PARLIMEN UMNO MASUK BERSATU - BERSATU JADI UMNO ATAU UMNO AKAN MENGUASAI BERSATU?

Sehingga ini, apa yang dikatakan mengenai dakwaan ada 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu masih lagi bersifat khabar angin dan desas-desus.

Ia boleh jadi betul atau mungkin kekal sebagai khabar angin buat selama-lamanya.

Tetapi, dalam konteks negara kita, khususnya berkaitan politik, banyak khabar angin selalunya akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, bukan saja pokok bergoyang kerana ditiup angin, kerapkali juga pokok bergoyang disebabkan ada orang yang sengaja menggoyangnya.

Dalam erti kata lain, sesuatu yang dikatakan khabar angin itu sebenarnya sengaja dilambung ke pengetahuan umum untuk dijadikan perbualan masyarakat sebelum ia benar-benar menjadi kenyataan.

Sebab itulah, banyak khabar angin berakhir dengan kejadian yang betul-betul menjadi kenyataan.

Berkaitan 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu,  lebih-lebih lagi yang memulakan bicara mengenainya adalah Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin, maka tentu sukar untuk kita mengatakan ia sekadar khabar angin kosong semata-mata.

Ia mungkin satu lagi pokok yang sengaja digoyang dan akhirnya betul-betul menjadi kenyataan.

Ketika ini Bersatu mempunyai 14 Ahli Parlimen (termasuk Mustapa Mohamed), manakala UMNO ada 48 Ahli Parlimen.

Jika kemasukan 40 Ahli Parlimen daripada UMNO itu betul-betul menjadi kenyataan, apa akan jadi kepada Bersatu yang hanya ada 14 Ahli Parlimen saja?

Adakah Bersatu yang bertambah besar dengan memiliki 54 Ahli Parlimen itu nanti akan bertukar menjadi UMNO atau UMNO akhirnya akan menguasai Bersatu?

Dalam kedua-dua keadaan itu, masih selamatkah kedudukan Bersatu sebagai salah satu komponen Pakatan Harapan dan sediakah PKR, DAP, Amanah terus berkongsi kerajaan dengan Bersatu yang majoriti Ahli Parlimennya sudah dikuasai oleh UMNO yang merupakan musuh mereka sejak sekian lama?

Kalau pun kerajaan sedia ada terus kekal, apakah pula nasib menteri dan timbalan menteri daripada Bersatu yang ada sekarang?

Masihkah mereka kekal sebagai menteri atau sebahagian besar menteri daripada Bersatu nanti akan diwakili oleh majoriti Ahli Parlimen yang asalnya daripada UMNO? (ShahbudinHusin 28/10/2018)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena