Sunday 28 October 2018

[Video Tok Pa Beri Gelombang Baharu PH di Kelantan - Mohamad Sabu] MCA sudah main tarik tali sama Umno...Tiba-tiba HARAPAN ada suara dalam DUN Kelantan.

Ahad, 28 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
MCA sudah main tarik tali sama UMNO.. Adakah UMNO bakal jadi tunggangan MCA slps ini?
HAR.. HAR.. HAR.. 
Sama2 kita nantikan drama seterusnya..

Tiba-tiba HARAPAN ada suara dalam DUN Kelantan

Penyertaan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka bukan saja memberi kesan di peringkat pusat malah di Kelantan.
Ketua Penerangan BERSATU, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata dengan penghijrahan Mustapa atau lebih mesra dipanggil sebagai Tok Pa itu secara automatik menjadikan Pakatan Harapan (HARAPAN) mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
"Sekarang sekurang-kurangnya kita ada seorang wakil di DUN Kelantan.
"Manalah tahu sehari dua atau seminggu dua lagi ada pulak wakil lain, sebab dalam politik siapa tahu," katanya kepada media selepas majlis Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Bersama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Mustapa yang juga anggota parlimen Jeli dan ADUN Air Lanas diumumkan menyertai BERSATU selepas hampir sebulan menjadi wakil rakyat bebas.
Sementara itu Mohd Radzi berkata, penyertaan Mustapa itu dilihat menjadi suntikan moral kepada BERSATU Kelantan dengan mengambil kira kredibiliti dan pencapaian bekas pengerusi Umno negeri itu.
"Saya secara peribadi amat gembira penyertaan beliau dalam BERSATU dan beliau merupakan mentor politik saya.
"Saya masih ingat selepas PRU14 saya telefon beliau menyatakan pilihan raya umum sudah habis, perang dah habis dan saya nak ziarah beliau.
"Dalam pertemuan itu dalam hati kecil saya doakan satu hari semoga terbuka hati beliau untuk meninggalkan Umno dan bersama dengan kita.
"Apabila beliau umum masuk BERSATU, itu sesuatu yang menggembirakan, kita tahu track record beliau dan tidak ada sesiapa boleh nafikan," jelasnya.
Tambah beliau, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Tok Pa banyak memberi sumbangan kepada negara dan Kelantan.
"Ini merupakan satu suntikan moral untuk kita. Panglima Umno Kelantan kini bersama kita, saya yakin lagi ramai lagi yang akan bersama dengan kita, ini satu lonjakan kepada BERSATU Kelantan," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena