Monday, 29 October 2018

[Video Gol penalti yang paling aneh & Tindakan Hafizul The Bos Gaurus betul atau salah?] Peraturan penjaga gol perlu berada di atas garisan gol.

Selasa, 30 Oktober 2018

Tindakan Hafizul betul atau salah?

HAFIZUL meraikan kemenangan selepas menewaskan Terengganu dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Shah Alam. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR: Adakah penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy melakukan kesalahan apabila berada di dalam gol ketika penentuan penalti bertemu Terengganu FC (TFC) pada pentas akhir Piala Malaysia, malam kelmarin?
Ini kerana berdasarkan peraturan, penjaga gol perlu berada di atas garisan gol dengan menghadap pemain yang akan mengambil sepakan sehinggalah bola mula ditendang.
Jika berdasarkan peraturan dinyatakan, Hafizul dilihat melakukan kesilapan kerana tidak berada di atas garisan gol sekali gus menyaksikan tindakannya tidak sah dan pemain TFC perlu mengambil semula sepakan penalti.
Namun, situasi sama pernah berlaku pada Piala Dunia 2018 membabitkan aksi Kumpulan B antara Iran dan Portugal.
Penjaga gol Iran, Ali Beiranvand dilihat berada di dalam gol sebelum Cristiano Ronaldo mengambil sepakan penalti dan dia melompat keluar untuk menyelamatkan tendangan pemain itu.
Namun, pengadil perlawanan, Enrique Caceres tidak membatalkan tendangan itu meskipun Ali berada di dalam gol sebelum tendangan diambil sebaliknya meneruskan perlawanan seperti biasa.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menjelaskan, sukar untuk menentukan sama ada tindakan Hafizul itu salah atau tidak.
“Terdapat kekeliruan dalam ‘frasa' menyebut seseorang penjaga gol perlu berada di atas garisan gol. Soalannya? Bila? Sebelum atau semasa sepakan?
“Pada tahun depan, Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) akan mengemaskini frasa ini supaya lebih tepat untuk difahami.
“Penjaga gol dalam kedua-dua insiden ini berada atas garisan gol sebaik sahaja bola disepak. Pada pandangan sesetengah pihak, ia adalah betul tetapi pada pandangan pengadilan ianya adalah salah. 
“Cuma ayat ini terbahagi dua, betul dan salah. Untuk itu, IFAB akan perlu dan akan kemaskinikan frasa ini,” katanya ketika dihubungi dari Auckland, New Zealand.
BH Online.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena