Saturday 27 October 2018

[Video LIABILITI kepada Umno & Lokman Kena Bodoh Oleh Pemimpin Umno] Cybertrooper pembangkang MEROYAN bermati-matian memfitnah PH! Kadir Jasin: Ada cakap-cakap 40 MP Umno akan keluar parti.

Sabtu, 27 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Cybertrooper pembangkang bermati-matian guna apa saja utk memfitnah PH kononnya Tun M mengelak tak mahu jumpa Menteri Luar Arab Saudi..

SEKALI LAGI fitnah pembangkang digagalkan. 
Dgn izin Allah Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir telah berjumpa Tun M di Putrajaya semalam.
#UMNOdanFitnahBerpisahTiada

Kadir Jasin: Ada cakap-cakap 40 MP Umno akan keluar parti

Susulan penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti.
Ketika dihubungi, Kadir berkata beliau sudah mendengar khabar angin itu buat beberapa ketika dan menjangkakan sejumlah pemimpin Umno akan menyertai BERSATU.
"Saya ada terdengar khabar angin, cakap-cakap, sehingga 40 orang ahli parlimen Umno akan keluar parti.
"Dan mungkin sebahagian dari mereka akan menyertai BERSATU," katanya kepada Malaysiakini.
Kadir bagaimanapun menegaskan bahawa BERSATU menetapkan syarat agar anggota parlimen yang ingin menyertai parti itu berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas terlebih dahulu dan BERSATU berhak menerima atau menolak permohonan mereka.
"Bukan semua orang akan diterima menyertai BERSATU," katanya.
Ditanya sama ada perkara itu dibincangkan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU semalam, Kadir berkata ia bukan agenda rasmi mesyuarat itu, namun disebutkan ketika parti itu mengadakan persediaan menerima Mustapa.
Mustapa yang juga merupakan bekas menteri, mengumumkan keputusannya menyertai BERSATU semalam, lebih kurang sebulan selepas meninggalkan Umno.
Mustapa mengumumkan keluar dari Umno sebelum ini kerana tidak lagi percaya dengan hala tuju parti itu yang menurutnya tidak selari dengan prinsip politiknya.
Selain Mustapa, wakil rakyat Umno lain yang meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum ke-14 ialah: Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Syed Abu Hussin, Anggota Parlimen Labuan Datuk Seri Rozman Isli, Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, dan Anggota Parlimen bagan Serai Datuk Seri Noor Azmi Ghazali.
Umno kini mempunyai 48 anggota parlimen daripada 54 sebelum ini.
Dengan penyertaan Mustapa, BERSATU kini mempunyai 14 kerusi di parlimen, AMANAH 12, DAP 42, dan PKR 50 kerusi.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena