Wednesday, 31 October 2018

[Video Dakwaan Cabul - Shahidan Tampil Memberi Penjelasan] Shahidan kata kes cabul tersebut sudah ditutup? TETAPI, kenapa pihak polis masih teruskan siasatan lagi di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Rabu, 31 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Shahidan kata kes cabul tersebut sudah ditutup..
TETAPI, kenapa pihak polis masih teruskan siasatan lagi di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya sebelum dihantar ke peguam negara untuk menentukan sama ada kes itu boleh diambil untuk pendakwaan?
Moga siasatan tersebut dpt dilakukan seadil-adilnya..
Sumber:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/30/ahli-parlimen-gadis-dalam-kereta-untuk-berbual-kata-polis

Ahli Parlimen, gadis dalam kereta untuk berbual, kata polis

GEORGE TOWN: Polis hari ini mendedahkan senario sebalik dakwaan seorang gadis mengatakan seorang ahli Parlimen menyentuh secara tidak wajar, menyebabkan dia membuat laporan polis di Kangar, Perlis 2 minggu lalu.
Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata gadis berusia 15 tahun itu seorang penyanyi dalam kumpulan busker. Dia sedang berlatih bersama rakan-rakan sekolah di kawasan sebuah stadium.
Pada 20 Oktober kira-kira 11.30 malam, ahli Parlimen itu meminta gadis itu bertemunya dalam kenderaan Toyota Harrier berdekatan tempat latihan diadakan “untuk berbual”.
Guru yang menjalankan latihan membawanya ke kenderaan itu dan pembantu Ahli Parlimen itu membawanya memasuki kereta di bahagian tempat duduk wakil rakyat itu.
Ahli Parlimen itu agak lama menaja pasukan busker sekolah itu, kata Mushar.
Polis berkata ahli Parlimen dan gadis itu berduaan dalam kereta itu.
Menurut laporan gadis itu kepada polis, Mushar berkata wakil rakyat itu tiba-tiba menyentuh tangan dan bahunya, dan ditepis gadis itu.
“Dia segera meninggalkan kenderaan itu. Sebaik sahaja dia keluar, dia menangis, disaksikan oleh guru yang membawanya bertemu ahli Parlimen itu. Gadis itu pernah bertemu ahli Parlimen itu sebelum ini,” katanya pada sidang media di Kangar, Perlis hari ini.
Mushar berkata gadis itu kemudian membuat laporan pada 2.50 pagi itu (21 Oktober) dengan ditemani ibu bapanya.
Beliau berkata remaja itu seorang “perempuan dari keluarga yang baik” dan ibu bapanya dalam ahli profesional. Beliau berkata remaja itu seorang penyanyi berbakat dan menyanyi sejak sekolah rendah.
“Kemudian pada 10.30 hari yang sama (21 Oktober), remaja itu membuat satu lagi laporan menarik balik dakwaan terhadap ahli Parlimen itu, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Dia melakukannya secara sukarela,” katanya.
Mushar berkata polis merakamkan 10 keterangan setakat ini sejak laporan pertama dibuat, termasuk satu daripada ahli Parlimen itu. Wakil rakyat itu memberi keterangan kepada penyiasat dari Bukit Aman hari ini, katanya.
Beliau kecewa mendengar dakwaan mengatakan polis menghentikan siasatan kes sejak laporan ditarik balik.
Mushar meminta aktivis yang mula menyuarakan isu itu di Twitter, Datuk R Sri Sanjeevan, supaya menyerahkan kes itu kepada polis.
“Jangan guna khabar angin untuk membuat dakwaan. Beritahu Sanjeevan bahawa polis Perlis siasat semua orang, termasuk suspek yang VVIP itu,” katanya.
Mushar berkata jika gadis itu disogok, ditakut-takutkan, atau dipaksa menarik balik laporannya, dia perlu tampil membuat laporan polis supaya ia disiasat.
Buat masa ini kes itu dirujuk kepada bahagian pendakwaan polis persekutuan sebelum dihantar ke peguam negara untuk menentukan sama ada kes itu boleh diambil untuk pendakwaan.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Di bawah Seksyen itu, mana-mana individu yang bertujuan melakukan seks dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000.
FMT

2 comments:

nagaqq said...

NAGAQQ | AGEN BANDARQ | BANDARQ ONLINE | ADUQ ONLINE | DOMINOQQ TERBAIK

Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

Bonus yang diberikan NagaQQ :
* Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
* Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
* Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
* Minimal Depo 15.000
* Minimal WD 20.000
* Deposit via Pulsa TELKOMSEL & XL
* 6 JENIS BANK ( BCA , BNI, BRI , MANDIRI , CIMB

Memegang Gelar atau title sebagai AGEN POKER ONLINE Terbaik di masanya

Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
* Poker Online
* BandarQ
* Domino99
* Bandar Poker
* Bandar66
* Sakong
* Capsa Susun
* AduQ
* Perang Bacarrat (New Game)


Info Lebih lanjut Kunjungi :
Website : NAGAQQ
Facebook : Facebook
WHATSAPP : +855977509035
Line : Cs_nagaQQ
TELEGRAM :+855967014811

BACA JUGA BLOGSPORT KAMI YANG LAIN:
agen bandarq terbaik
Winner NagaQQ
Daftar NagaQQ

jenni chen said...

RajaBandarQ
Adalah website yang paling digemari saat ini oleh para pecinta judi online
Dengan adanya 9 game terbaik yang disediakan oleh pihak website RajaBandarQ , akan banyak mengundang para pecinta judi poker online untuk bermain diwebsite RajaBandarQ

9 Game Yang disediakan oleh pihak RajaBandarQ diantaranya adalah :

* AduQ
* BandarQ
* Bandar Poker
* Bandar 66
* Capsa Susun
* Domino QQ
* Poker
* Sakong
* Perang Baccarat ( New Game )

Keunggulan jika bergabung di website RajaBandarQ :

- Proses Deposit dan Withdraw Hanya 2 Menit
- 100% Mudah Menang & Fairplay Game
- Minimal Deposit & Withdraw Rp 20.000,-
- Bonus Rollingan 0.3% (Tanpa Syarat)
- Bonus Referral 20% (Seumur Hidup)
- Bonus Extra Refferal
- Sistem Keamanan Terbaru
- Support 6 Bank Local ( BCA , BNI , BRI , CIMB NIAGA , DANAMON , MANDIRI )
- Menerima Deposit Via PULSA TELKOMSEL dan XL

Kami Memberikan Bukti Bukan Janji !!!

Silahkan di baca juga blogger dari kami :

- Blogger : Bandar Berita Harian

- Blogger : Berita Online Terapdate

- Blogger : RajaBandarq

- Blogger : Berita Kesehatan

Tunggu apalagi ? Daftarkan diri anda segera juga dan menangkan jackpot jutaan rupiah hanya dengan modal Rp 20.000,-
Hanya Di RajaBandarQ

Join : >>DAFTAR RAJABANDARQ<<

Contact Us:
Live Chat : RajaBandarQ
Whatsapp : +855882290441
Telegram : +855882290441
Line : cs_rajabandarq

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena