Wednesday 24 October 2018

[Video Jelutong-Gerik berbalah..MP UmnoBN tak hormat dewan] 1MALAYSIA kena tipu Najib! Kononnya Najib berjaya selesaikan hutang 1MDB-IPIC.. Rupa2nya songlap duit2 rakyat & Aikk, Tak sampai 20 penyokong Najib hadir. Har, har, haruuuu biru.

Khamis, 25 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
BONGKAR !!.. patutler Najib & BN bermati-matian pertahankan projek ECRL utk mendapatkan pinjaman hutang berpuluh2 bilion drpd k'jaan komunis-China itu..

Antara lain peruntukan yang dipercayai digunakan ialah bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan gaji kakitangan awam.

TUJUANNYA utk nak 'settle'kan pertikaian pembayaran dengan IPIC dengan membuat dua ansuran berjumlah AS $ 1.2 bilion kepada IPIC pada Ogos dan Disember tahun lepas.

NAMPAK TAK !!
1 MALAYSIA kena tipu Najib kononnya Najib berjaya selesaikan hutang 1MDB-IPIC.. Rupa2nya songlap duit2 rakyat.
PATUTLER PAS dgn lebai-lebainya #PuasHati dgn#1MDB Arul Kanda..
HAR.. HAR.. HAR.. 
Foto Suara Rakyat.
Sejarah Malaysia bakal tercipta tidak lama lagi..

Tak sampai 20 penyokong Najib hadir

Individu yang didakwa di mahkamah hari ini bukan orang biasa, dan pemimpin yang hadir juga agak luar biasa, namun jumlah penyokong tidak seperti selalu.
Hanya ada kurang daripada 20 orang yang datang ke pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya mengenai keadaan itu salah seorang daripada mereka berkata ia berlaku kerana kelewatan maklumat diterima.
Kata Isham Jalil penyokong Datuk Seri Najib Razak hanya diberitahu mengenai prosiding hari ini pada petang semalam.
Justeru kata Isham yang sebelum ini pernah menjadi pegawai khas Najib, mereka tidak sempat mengumpul penyokong seperti yang sepatutnya.
Pada masa sama katanya prosiding hari ini yang diadakan pada hari bekerja turut menyukarkan penyokong Najib hadir.
Malah dia mengesyaki kelewatan itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya dirancang pihak-pihak tertentu.
“Ini disengajakan, saat-saat akhir baru dapat notis.
"Konon-konon nak bagi nampak penyokong (Najib) tak ramai hari ini," katanya.
Antara penyokong yang hadir hari ini, memang ada wajah-wajah lazim kelihatan.
Antaranya ialah anggota Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Lokman Noor Adam dan pelakon Ellie Suriati Omar.
Kebanyakan mereka hanya duduk di bangku di depan bangunan mahkamah, di tangga lobi mahkamah dan hanya sesekali dilihat ditemu bual oleh pemberita.
Secara keseluruhan, keadaan di pekarangan mahkamah 'tenang’ sejak pagi tadi.
Najib - bekas perdana menteri - didakwa sekali lagi di mahkamah bersama Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah atas enam tuduhan pecah amanah melibatkan dana kerajaan bernilai kira-kira RM6.6 bilion.
Beberapa pemimpin kanan BN juga hadir, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta anggota MT Umno.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena