Monday, 29 October 2018

[Video Dr M dan Anwar pun asal dari Umno - Mahfuz] Macam mana seorang peguam kanan negara TERPALIT dengan skandal 1MDB? Pasport diplomatik Shafee ditarik balik.

Isnin, 29 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Macam mana seorang peguam kanan negara boleh terlibat terpalit dgn skandal seleweng dana 1MDB?

BILA DAH KANTOI, RM9.5 juta yang diterima drpd Najib itu alasannya utk nak pinjam beli hartanah UNTUK MEMBANTU RAKANNYA..

HAR.. HAR.. HAR.. 
Ingat rakyat & hakim bodoh nak percaya!

Pasport diplomatik Shafee ditarik balik

Kerajaan sudah membatalkan pasport diplomatik yang diberikan kepada peguam kanan di negara ini, Tan Sri Shafee Abdullah.
Menurut Kementerian Luar pasport tersebut ditarik balik dan dibatalkan pada 19 Sept lalu.
Keputusan tersebut dinyatakan oleh Kementerian Luar dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (HARAPAN-Labis) yang inginkan penjelasan mengenai status pasport diplomatik Shafee.
Kata Pang isu itu perlu dijelaskan kerana Shafee tidak pernah dilantik sebagai diplomat.
Kata Kementerian Luar pasport diplomatik itu dikeluarkan kerajaan kepada Shafee atas kapasitinya sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan untuk tempoh 2009 hingga 2015.
Shafee yang turut dikenali sebagai peguam bela Datuk Seri Najib Razak juga dilantik kerajaan BN menjadi Duta Besar Tugas-tugas Khas mengenai Hak Asasi Manusia antara 2016 dan 2018.
Kata Kementerian Luar pasport diplomatik itu diberikan untuk memudahkan Shafee menjalankan tugas sebagai wakil rasmi Malaysia.
"Namun begitu Kementerian Luar telah menarik balik serta membatalkan pasport diplomatik tersebut pada 19 Sept lalu," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena