Monday 29 October 2018

[Video Kita guna harta k'jaan tapi kita bayarlah, kata Khalid pada Razlan] Mat Sabu lancar pejabat AMANAH WP & Ahli Umno ingin sertai Bersatu akan disaring.

Isnin, 29 Oktober 2018
Presiden lancar pejabat AMANAH Wilayah Persekutuan

Presiden lancar pejabat AMANAH Wilayah Persekutuan

AMANAH Wilayah Persekutuan melancarkan pejabat baru mereka di Kuala Lumpur semalam dengan disempurnakan oleh presidennya, Mohamad Sabu.
Turut dirasmikan adalah pejabat AMANAH Bandar Tun Razak yang juga di tempatkan di bangunan sama yang terletak di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras itu.
“Ini adalah hasil kesungguhan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli yang berkata sudah naik malu bila dah tiga tahun wujud tetapi pejabat tiada,” kata Bendahari AMANAH Wilayah Persekutuan, Hayatatul Kamil Termudi kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau, selama ini pejabat AMANAH Wilayah menumpang di pejabat peringkat kawasan tanpa mempunyai pejabat sendiri.
Petugas tetap akan ditempatkan ke pejabat ini selepas Konvensyen AMANAH Wilayah yang akan diadakan 17 November ini.
MD

Ahli Umno ingin sertai Bersatu akan disaring kata Mukhriz

Ahli Umno ingin sertai Bersatu akan disaring, kata Mukhriz

Pemimpin Umno yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan disaring terlebih dahulu bagi memastikan mereka ‘bersih’ dan mampu mendukung budaya politik baharu Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata walaupun Bersatu telah menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat menyertai parti itu termasuk anggota dan pemimpin UMNO, namun perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.
“Ya, ia akan mengukuhkan parti di mana sekarang ni pun kita (Bersatu) sudah ada 14 wakil dalam Parlimen dan (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad pun menyatakan kesediaan untuk menerima siapa sahaja yang berminat untuk menyertai Bersatu tetapi kenalah memenuhi syarat-syarat tertentu.
“Maknanya kita tidaklah terlalu terbuka hinggakan Anggota Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak), Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim), Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz), saya ingat dalam senarai ini tak akan kami pertimbangkan, jadi yang lain-lain jika berminat kami alu-alukan,” katanya.

1 comments:

nikkisa889 said...

Youre so cool! I dont suppose Ive read anything like this before. So nice to find somebody with some unique thoughts on this subject. realy thank you for beginning this up. this website is one thing that's needed on the internet, somebody with a little bit originality. useful job for bringing one thing new to the internet! play casino

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena