Sunday, 28 October 2018

[Video Guan Eng: Macam berdosa pulak bercakap benar] Siasat pelompat parti elak sebarang unsur rasuah & 'Pegawai Khas' Menteri Warisan Sabah jadi 'kaki pau' urusan projek.

Ahad, 28 Oktober 2018

Siasat pelompat parti elak sebarang unsur rasuah, kata Aiman Athirah

Siasat pelompat parti elak sebarang unsur rasuah, kata Aiman Athirah
Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Al Jundi menggesa pemimpin yang menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas meninggalkan parti terdahulu disiasat daripada pelbagai segi.
imbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) berkenaan berkata, penyertaan mereka dalam PH harus dipastikan tidak bermotifkan ganjaran.
“Saya mohon disiasat semua yang “melompat parti”. Adakah mereka dijanjikan sebarang ganjaran ataupun habuan? Tidak kiralah ganjaran atau habuan yang bagaimana atau peringkat mana.
“Dan tidak kiralah siapapun yang memberi tawaran atau habuan itu,” katanya dipetik dari Facebook beliau hari ini.
Athirah yang juga Senator berkata, mereka terbabit perlu disiasat daripada segala sudut memandangkan prinsip PH sebelum ini yang tidak berkompromi dengan sebarang bentuk korupsi.
“PH perlu kekal memelihara prinsip integriti. Sekaligus secara tegas dan tuntas memerangi apa sahaja bentuk rasuah!” tegasnya lagi.
MD
Pembantu Menteri Warisan heret ‘Pegawai Khasnya’ jadi 'kaki pau' urusan jual tanah dan projek
Oct 28, 2018  By SabahKini2
Pembantu Menteri Warisan heret ‘Pegawai Khasnya’ jadi 'kaki pau' urusan jual tanah dan projek
Selepas kantoi kerana isu "Pegawai Khas' yang dikaitkan dengan Azhar Matusin Adun Karambunai berhubung penjualan lot tanah dan projek sehingga 'pau' rakyat Azhar melaporkan kepada polis. Satu cara menyelamatkan diri?

Kota Kinabalu: 25 Oktober lalu Adun Sepanggar Azhar Matusin membuat laporan polis berhubung mesej yang tular dalam aplikasi whatapps beliau terlibat dalam penjualan lot tanah dan pemberian projek oleh 'Pegawai Khasnya".

Dalam kenyataanya melalui facebook Azhar Matussin menafikan bahawa beliau terlibat didalam pemberian projek melalui individu yang mengaku sebagai kakitangan beliau.

Azhar yang juga Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian membuat laporan polis ini bagi memastikan individu-individu berkenaan yang mengambil wang pendahuluan dari orang ramai di ambil tindakan sewajarnya.

Beliau telah menerima aduan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangannya untuk mengambil wang pendahuluan bagi mendapatkan kelulusan projek.

Azhar menafikan beliau telah memberi kebenaran untuk pembahagian lot-lot tanah di Kg Suluk Kurol Melangi Likas dan borang boleh didapati dari seseorang yang dikenali sebagai cikgu Milsa dengan harga setiap borang RM50 dan urusan ini dikendalikan oleh Arshad Ghani.

“Tindakan individu berkenaan memberi satu pandangan negatif dari orang ramai kepada beliau sebagai wakil rakyat”. katanya

Sementara itu penulis blog JalinLuin.com mempersoalkan laporan polis Azhar terhadap Cikgu Mila dan Arshad Ghani sebagai wayang dan drama Warisan apabila kantoi.

“Kalau setakat membuat laporan polis tapi tiada tindakan susulan, semua orang pun boleh buat. Atau siapa tahu ini hanyalah lakonan dari pentadbiran Warisan supaya sentiasa kelihatan suci bersih di mata masyarakat Sabah”. katanya

Sumber mengesahkan Arshad Ghani individu yang dikatakan "Pegawai Khas' itu merupakan orang kepercayaan Adun Karambunai itu di Sepanggar. Beliau dikatakan pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada bekas Ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris. Jumat Idris dalam kempen PRU14 menyokong BN namun berpaling tadah menyokong Warisan menggunakan Azhar Matusin mengalahkan calon BN.

Setelah kecoh dan  'kantoi' kerana kes pau kontraktor tersebar maka tindakan lapor polis serta penafian perlu dilakukan bagi mengelak nama terjejas teruk.

"Sepatutnya Arshad Ghani dan Cikgu Mila itu tampil ke depan media atau melaporkan polis bahawa mereka hanyalah mengikut arahan YB Adun itu sahaja". kata sumber itu

Azhar Adun Karambunai juga telah memberhentikan seorang lagi pegawai khasnya iaitu Safri Hanafi Opong (sering menjadi wakil majlis)  selain pemandunya Adi Din yang dikatakan terlibat juga dengan kes 'kaki pau" rakyat dan kontraktor.

Sejak Warisan memerintah PTI berleluasa menceroboh tanah di Sepanggar. Apakah Ahli Parlimen Sepanggar bersekongkol dengan Adun Karambunai benarkan kelulusan tanah untuk PTI ini?

[http://sabahkini2.com/en/news/1367/pembantu-menteri-warisan-heret-pegawai-khasnya-jadi-kaki-pau-urusan-jual-tanah-dan-projek/view]

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena