Tuesday 23 October 2018

[Video Bila nak letak jawatan? Apa hak awak tanya soalan ni? KECOH! Isu Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji] Fitnah natang apa? Ni zaman teknologi la lebai, bukan zaman tengok air jampi yg boleh kelentong rakyat! Mat Sabu ke China tinjau pembuatan kapal TLDM, hadiri Forum berkaitan ancaman dan tindakan keganasan.

Selasa, 23 Oktober 2018

PAS Gesa Guan Eng Tarik Balik Isu Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji!

Image may contain: 4 people, people smiling, text
“At the same time, I wonder how the Kelantan state government can do it  when they can't even afford to pay salary for their civil servants,” Lim teased. Ni zaman teknologi la Lebai. Bukan zaman tengok dalam air jampi yg boleh kelentong apa yg kau cakap. Lain kali kalau nak cari modal politik pun biarlah yang standard sikit buat apa tiru perangai Mat Maslan. Jangan tunjuk sangat ketololan kita nanti usahkan budak lembu pun ketawakan kita...  
Tumpang sekole.

Mohamad ke China tinjau pembuatan kapal TLDM, hadiri Forum berkaitan ancaman dan tindakan keganasan

Mohamad ke China tinjau pembuatan kapal TLDM, hadiri Forum berkaitan ancaman dan tindakan keganasan
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Republik Rakyat China (RRC) sehingga 26 Oktober 2018 bagi lawatan kerja selama 4 hari di Republic Rakyat China (RRC).
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memberitahu, Mohamad dalam rangka lawatan pada hari pertama hari ini, telah melakukan upacara Keel Laying
Littoral Mission Ship 1 (LMS 1) dan First Steel Cutting LMS 2 di limbungan pembuatan kapal di Wuhan, China.
Katanya, Malaysia dengan kerjasama China terlibat dalam pembinaan 4 buah kapal LMS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mana
2 buah kapal dibina di China dan dua buah dibina di Malaysia melibatkan perkongsian serta perpindahan teknologi diantara kedua negara.
“Ini merupakan projek perolehan aset pertahanan TLDM daripada negara China bagi merealisasikan Program Transformasi Armada 15to5,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad juga dijadual akan menghadiri 8th Beijing Xiangshan Forum di Beijing adalah bagi memenuhi jemputan pihak RRC serta menghargai hubungan baik yang telah terjalin antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pertahanan Nasional, RRC.
Mohamad dijadualkan akan memberi ucapan bertajuk “Terrorism Threats and
Countermeasures” yang dijadualkan pada 25 Oktober 2018 di forum tersebut.
“Menteri Pertahanan juga akan mengadakan pertemuan dengan Naib
Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat Xu Qiliang, dan Jeneral Wei Fenghe Menteri Pertahanan Nasional RRC.
“Pertemuan yang telah dijadualkan ini akan memberi peluang kepada YB Menteri Pertahanan untuk berinteraksi dengan lebih terbuka dengan pemimpin
tinggi RRC sebagai salah satu usaha bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan antara
Malaysia dan RRC.
“Lawatan kerja ini dilihat sebagai salah satu platform penting serta komitmen kedua-dua negara dalam mengukuhkan lagi jaringan kerjasama menerusi diplomasi pertahanan dalam memastikan kedaulatan negara dan kestabilan di rantau ini sentiasa terpelihara,” ujar kenyataan itu.
 MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena