Tuesday 23 October 2018

[Video Kerajaan HARAPAN Cabar MP Umno-Pas Isytihar Harta (KECOH Satu Dewan)] Bekas Ketua Perisik MEIO, akan didakwa menyeleweng dana berjumlah RM49.9 juta! Jet persendirian dipercayai diguna seludup masuk wang ketika pentadbiran UmnoBN.

Rabu, 24 Oktober 2018

DATUK Hasanah Abdul Hamid diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Foto NSTP.
Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!.. Jet persendirian dipercayai diguna seludup masuk wang ketika pentadbiran BN..

"Modus operandi ini diguna bawa masuk AS$12 juta dari luar negara pada April lalu ada kaitan dengan JPM oleh pentadbiran BN untuk tujuan politik dan PRU14," kata Bekas Ketua Operasi Imigresen KLIA Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim.

NAMPAK TAK.. Begitu licik kerja mereka.
Bayangkan jika UMNO/BN menang PRU14... Tak jahanam negara dikerjakan mereka ini..

Hasanah dijangka didakwa Khamis ini

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, dijangka didakwa Khamis ini dipercayai berhubung dakwaan penyelewengan dana berjumlah AS$12 juta (RM49.9 juta).
Menurut sumber, Hasanah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini bagi menghadapi pertuduhan terbabit mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan pecah amanah oleh penjawat awam.
Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dengan hukuman sebatan dan denda.
Pada 28 Ogos lalu, beliau ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keesokannya, beliau direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana berkenaan.
Sebelum ini, Hasanah dikaitkan dengan dakwaan menghantar surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA).
Menerusi surat berkenaan, MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan JPM didakwa meminta Amerika Syarikat (AS) terus menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika Barisan Nasional (BN) menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU-14.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena