Thursday, 25 October 2018

[Video Maknyah & Transgender Sesi Hati Ke Hati] Mai la masuk BERSATU senang cerita! Ingatlah, 'Matlamat Tidak Menghalalkan Cara'! Najib, tunggu jer lah bila masuk kandang mahkamah nanti...Masa tu baru tau salah ke tidak?

Khamis, 25 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Kalau tujuan betul sekalipun tetapi dgn cara yang salah menyalahi undang-undang, TETAP SALAH !!
Tunggu jer lah bila masuk kandang mahkamah nanti.
Masa tu baru tau salah ke tidak..

Mahathir alu-alukan seberapa ramai ahli Umno sertai BERSATU

Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mengalu-salukan seberapa ramai pun anggota Umno yang telah 'menyampah' dengan parti itu dan mahu menyertai BERSATU.
Walau bagaimanapun, kata perdana menteri itu, tetapi mereka dilarang daripada bertanding sebarang jawatan parti sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu tertentu.
"Kami berharap mereka yang sudah menyampah dengan Umno akhirnya akan menyertai kami, tetapi kami tidak boleh membenarkan mereka memainkan peranan utama sebagai pemimpin-pemimpin BERSATU.
“Untuk satu tempoh waktu tertentu mereka hendaklah dilarang daripada bertanding dalam pemilihan parti kerana kita tidak mahu BERSATU menjadi seperti Umno yang rasuah," katanya yang dipetik oleh Bernama.
Beliau sebelum itu mengadakan sesi dialog dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand, di Bngkok hari ini.
Mahathir yang juga pengerusi BERSATU, berkata, ini kerana parti itu ditubuhkan untuk membasmi rasuah dan berhasrat untuk kekal bebas rasuah selamanya.
Menurutnya, walaupun BERSATU mirip Umno dari segi keanggotaannya, tetapi ia mempunyai falsafah dan idea yang berbeza.
Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan BERSATU menjadi seperti Umno.
Namun, katanya, mereka mesti mengelak daripada melakukan amalan-amalan pemimpin Umno terdahulu yang diketuai bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak, yang menurut beliau telah tersasar jauh daripada matlamat asal penubuhannya pada 1946.
"Jadi, kita tidak boleh menjadi seperti Umno sekarang tetapi kita boleh menjadi lebih tersusun hampir sama macam Umno kerana anggota-anggota (BERSATU) adalah terdiri daripada orang Melayu dan kaum asal Sabah dan Sarawak," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena