Thursday, 25 October 2018

[Video Persembahan MANTAP Irwan & The Young Ones by Najib] Apa khabar PU Zahid Hamidi? Dah terlanjur nak buat ROADSHOW bawa sekali Najib, Irwan Seregar, Lokman Adam, artis Ellie Suriati & bla, bla...

Khamis, 25 Oktober 2018


Wave Hand - Miss Universe vs Mr Crook Zahid Hamidi
Tumpang sekole.

SELAMAT DATANG ZAHID HAMIDI

Kami ahli umno,  orang Melayu memang punya banyak masa untuk politik,  sudah tak ada kerja lain dengan ini secara suci hati sedia menunggu untuk mendengar kata kata hikmat mensucikan diri.

Dah terlanjur nak buat roadshow...bawa sekali najib dan lokman adam. 
Posted by 
Image result for zahid hamidi pakai kopiah putih

Apa khabar PU Zahid Hamidi?

Meskipun kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap hendak berdabik dada seolah-olah masih lagi menduduki kuasa dalam kerajaan.
Apatah lagi pemimpin yang kini mengepalai parti Melayu Umno itu kini berhadapan dengan 45 tuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta.
Terdapat suara dalaman Umno yang mahu Zahid bercuti sementara menunggu perbicaraan. Duduk letaknya bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibincangkan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan.
Zahid nampaknya begitu tidak senang dengan persoalan tentang kedudukannya, apabila bersikap agak biadab ketika diajukan soalan mengenai nasibnya dalam parti oleh seorang wartawan.
Sambil tersengih, beliau menjawab: “Apa hak you tanya?”
Namun, apa yang hendak dihairankan sangat dengan jawapan berkenaan, kalau orang sama cuba mengaitkan isu LGBT dengan bencana alam yang berlaku di Palu. Kita sendiri boleh mencongak tahap pemikiran beliau.
Ia tidak ubah seperti seorang penceramah yang mengaitkan isu LGBT dengan segala bencana yang berlaku di muka bumi ini. Seolah-olah Tuhan itu dipenuhi amarah tanpa ada belas kasihan.
Mungkin Zahid perlu berhenti berpolitik dan masuk program realiti. Kemudian jadi penceramah dengan gelaran PU dan menyerahkan tampuk kepimpinan Umno kepada yang lebih muda dan berkaliber, Khairy Jamaluddin contohnya. – Roketkini.com


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena