Tuesday, 30 October 2018

[Video Wahhh, Seronoknya Speaker Nga Kor Ming ramai MP puji beliau] Najib malukan negara dengan isu RASUAH kapal selam SCORPENE! Kementerian Pertahanan DEDAH laporan salah guna kuasa pembelian aset tentera & Bersiap sedialah Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi, Razak Baginda dan kuncu2nya...

Rabu, 31 Oktober 2018

NAJIB MALUKAN NEGARA DENGAN ISU RASUAH KAPAL SELAM SCORPENE

KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia...


KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia, apabila ia melibatkan komisyen berjumlah RM457 juta yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda.

Lebih memalukan lagi apabila isu rasuah sebegitu besar itu yang kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis tercetus ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002 lalu. 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pada 20 April 2012 lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance), Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Dato' Seri Najib, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.
Menurut beliau, isu tersebut sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraannya, tetapi keengganan mereka hadir ke mahkamah Perancis sehingga kini menimbulkan seribu tanda tanya, seolah-olah mereka ingin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat. 
Katanya, isu tersebut turut membuktikan pembelian alat-alat senjata dan kelengkapan ketenteraan oleh kerajaan dijadikan tempat oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka.
"Sedangkan itu semua adalah soal keselamatan. Dalam soal keselamatan pula, terdapat dua perkara asas, iaitu maruah nasional dan kedaulatan negara. Mana-mana negara pun di dunia ini mesti ada dua benda itu kerana ia merupakan perkara asas untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi 20 Mac lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Malaysia tidak mempunyai peruntukan yang besar bagi pertahanan, tetapi jika peruntukan itu juga turut dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu, ia pasti menjejaskan kapasiti pertahanan negara seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang.
"Sedangkan angkatan tentera kita seperti juga tentera-tentera di negara lain pasti memerlukan peralatan canggih yang bermutu tinggi untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
"Jika peralatan yang dibeli itu berharga rendah, ia pasti tidak bermutu dan tidak menepati keperluan yang sebenar. Ini bukan hanya merbahayakan negara, tetapi turut memalukan tentera kita di mata dunia. Itulah padahnya jika pemimpin tidak melaksanakan amanah rakyat dengan baik," ujar beliau.
Foto Suara Rakyat.
KUALA LUMPUR, 30 Okt : Kementerian Pertahanan telah menerima laporan awal Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang menjalankan siasatan terhadap beberapa kes dan pembelian aset yang mencurigakan dalam kementerian itu ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

Bersiap sedialah Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi, Razak Baginda dan kuncu2 yang lain bakal dipanggil utk disiasat tak lama lagi..

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena