Thursday 25 October 2018

[Video Nasihat Tun Mahathir Kepada Ahli2 Umno Kleptokrasi] Menteri Agama selesaikan masalah 96 pelajar Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar & Gubal DPTN akan tertubuh Majlis Tahfiz Negara selaraskan peperiksaan, sijil.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Menteri Agama selesaikan masalah 96 pelajar Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika pertemuan bersama Sheikh Al Azhar pada Sabtu lalu.

Menteri Agama selesaikan masalah 96 pelajar Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar

eramai 96 orang pelajar jurusan Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, Mesir telah mula memasuki kelas masing-masing selepas menghadapi masalah pendaftaran selama hampir tiga bulan sejak mereka tiba di negara berkenaan pada 14 Julai lalu.
Menteri Agama di Jabatan Perdan Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menyelesaikan masalah pelajar berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Sheikh Universiti Al-Azhar Prof Dr Ahmed Muhammad El Tayyib pada Sabtu lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini, memaklumkan kesemua 96 orang pelajar jurusan Qiraat berkenaan mempunyai masalah untuk mendaftar di Maahad Shoubra ekoran pekeliling baru yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Al-Azhar.
“Pekeliling baru itu memerlukan para pelajar jurusan Qiraat dari luar negara yang ingin menyambung pengajian ke Maahad Shoubra menduduki peperiksaan ‘Qabul’ terlebih dahulu dan wajib lulus.
“Selain itu, syarat lain yang dikenakan ialah setiap pelajar yang mahu menyambung pengajian di maahad tersebut perlu melepasi Muwafawah ‘Amniyyah (tapisan keselamatan) daripada pihak Keamanan Negara Mesir.
“Ekoran syarat baru tersebut, terdapat beberapa masalah yang timbul melibatkan para pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian mereka,” ujar kenyataan itu.
Antara pelajar Malaysia yang kini dapat menyambung pengajian mereka di Mesir.
Kata kenyataan lagi selepas pertemuan Datuk Dr Mujahid bersama Prof Dr Ahmed Muhammad El Tayyib itu, masalah berkenaan telah selesai malah pegawai Education Malaysia Egypt (EME) juga memaklumkan, pada Isnin kesemua pelajar berkenaan telah mula memasuki kelas mereka.
Pertemuan tersebut merupakan salah satu daripada agenda utama beliau sepanjang lawatan kerjanya selama lima hari ke Kaherah, Mesir.
Selain mengunjungi sheikh Universiti Al-Azhar, Dr Mujahid juga menghadiri Persidangan Fatwa Sedunia yang dihadiri oleh para mufti dari seluruh dunia.
“Beliau juga mendapat penghormatan mempengerusikan salah satu sesi pembentangan yang bertajuk ‘Parameter Fatwa Dalam Isu Negara dan Permasalahan Awam’ pada persidangan berkenaan.
“Antara agenda lain lawatan kerja beliau ke Mesir juga ialah membuat pertemuan dan berdialog bersama pelajar-pelajar Malaysia di republik berkenaan,” ujar kenyataan itu lagi.
MD.

Gubal DPTN akan tertubuh Majlis Tahfiz Negara selaraskan peperiksaan, sijil

Gubal DPTN akan tertubuh Majlis Tahfiz Negara selaraskan peperiksaan, sijil
Senario hari ini menunjukkan sesetengah lulusan daripada Institusi Tahfiz tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada mana-mana pihak yang berautoriti.
Kesan daripada itu menimbulkan pelbagai isu dan polimik berkaitan pengiktirafan dan hala tuju lulusan tahfiz.
Sekiranya Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dapat direalisasi oleh kerajaan semasa, akan tertubuhnya Majlis Tahfiz Negara (MTN) di bawah naungan Majlis Raja Raja yang berperanan untuk menyelaras sistem peperiksaan dan persijilan di semua maahad tahfiz seluruh negara.
Ustaz Mohd Dailami Che Age dari Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (Pinta) antara jawatankuasa yang terbabit dalam merangka dasar, menjelaskan, amat penting kerajaan meletakkan sistem peperiksaan dan persijilan di bawah satu badan bebas berautoriti sepert MTN ditubuhkan, sebagaimana dilakukan di beberapa negara Islam lain.
“Majlis akan berperanan sebagai sebuah badan bebas yang berautoriti untuk menyelaras sistem peperiksaan dan persijilan.
“Penubuhan majlis ini telahpun dilaksanakan di beberapa negara Islam seperti Kuwait, Mesir dan Pakistan yang mengawal selia semua penghafaz al-Quran dan pentauliahan tenaga pengajar dan pengurusan institusi tahfiz.
“Sebaliknya di Malaysia ia masih tidak tersusun sebab itu DPTN penting digubal oleh kerajaan supaya Majlis Tahfiz Negara dapat ditubuhkan di bawah kerangka dasar ini, untuk memperkasakan peranan institusi tahfiz bersepadu di negara kita.
“Jika majlis ini ditubuhkan sijil-sijil tahfiz akan lebih diperakui dan diiktiraf bagi melahirkan ulama, profesional yang terdiri dikalangan hufaz dalam pelbagai bidang kepakaran,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata, lepasan tahfiz walaupun sudah memasuki sektor kerajaan dan swasta tetapi sijil-sijil dikeluarkan Jakim ataupun pengurusan maahad tahfiz masih belum meluas diiktiraf diluar negara. Jika sijil diperoleh pelajar boleh diiktiraf ia satu peningkatan baharu bagi maahad tahfiz di negara ini.
Tambahnya lagi, ia mestilah bermula dengan model pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini ujarnya, kebanyakan maahad tahfiz menerima pakai empat aliran pengajian merangkumi program pengajian tahfiz dan akademik, tahfiz dan pengajian Islam, tahfiz dan kemahiran, tahfiz dan kitab thurat.
“Dengan empat aliran pengajian ini, akan dibentuk model-model tahfiz yang disediakan oleh guru-guru maahad tahfiz dengan Kementerian Pendidikan secara bersepadu dan terarah.
“Ini termasuklah memberikan latihan kepada guru-guru tahfiz. Kita telah adakan perjanjian untuk sijil pengajaran asas al-quran dan sijil pengurusan tadbir bagi mudir dengan kerjasama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
“Bila ada kursus dan sijil pengajaran yang diiktiraf dari MTN yang diletakkan di bawah Majlis Raja Raja, ia lebih mudah untuk mengawal kualiti guru,” ujarnya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena