Monday, 29 October 2018

[Video 5 Sebab Rakyat Menolak Najib] Mangsa cabul perlu tampil semula - PKR Perlis & Ahli Parlimen - Salah faham saja, tiada niat.

Selasa, 30 Oktober 2018

Mangsa cabul perlu tampil semula - PKR Perlis

MOHD Faisol menunjukkan laporan polis di Balai Polis Kangar hari ini. - NSTP/Dziyaul Afnan Abdul Rahman.
KANGAR: Ibu bapa dan keluarga pelajar perempuan berusia 15 tahun yang didakwa dicabul oleh seorang Ahli Parlimen di sini pada 20 Oktober lalu diminta tampil semula membuat laporan polis berhubung kegiatan tidak bermoral itu.
Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, tindakan keluarga mangsa yang menarik semula aduan yang dibuat menunjukkan mereka dihasut oleh pihak tertentu.
“Saya mohon supaya mereka membuat semula laporan polis terhadap ahli parlimen berkenaan kerana mustahil aduan ditarik semula dalam masa satu hari ia dilakukan.
“Ada kemungkinan mereka takut atau sudah disogok oleh pihak lain untuk menutup kegiatan tidak bermoral ini,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar petang tadi.
Mohd Faisol hadir ke Balai Polis Kangar bagi membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan terhadap ahli parlimen berkenaan.
Beliau mendakwa, dia sudah mengetahui individu atau ahli parlimen yang bertanggungjawab ke atas perbuatan cabul berkenaan.
“Saya tak mahu dedahkan kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan polis dan saya difahamkan mangsa adalah pelajar di salah sebuah sekolah kluster dalam negeri ini.
“PKR Perlis akan membuat satu laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dalam masa terdekat bagi menyiasat individu berkenaan kerana tidak mustahil ada unsur sogokan sehingga aduan kes ditarik balik oleh keluarga berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat Mohd Faisol dan enggan mengulas lanjut.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan mendedahkan kejadian berkenaan melalui ‘thread’ (bebenang) di akaun Twitternya, berkata beliau berasa pelik mengapa Ahli Parlimen itu sehingga kini masih belum ditangkap sedangkan laporan polis sudah pun dibuat oleh mangsa malam tadi.
Bagaimanapun Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd membidas Sanjeevan untuk tidak menuduh secara melulu dan mendakwa beliau tidak mengetahui prosedur sebenar yang dilakukan oleh pihaknya.
BH Online.

Salah faham saja, tiada niat - Ahli Parlimen

ARAU: Seorang Ahli Parlimen mendakwa kejadian ‘cabul’ yang membabitkannya dan remaja perempuan berusia 15 tahun pada 20 Oktober lalu hanya sebagai salah faham saja antara mereka.
Ahli Parlimen berkenaan ketika dihubungi berkata, beliau tiada niat untuk menyentuh mangsa sehingga keluarganya melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis.
“Saya sudah kenal mereka lama, sudah hampir dua tahun dan sewaktu kejadian yang kononnya ‘cabul’ itu bukan berlaku di tempat yang sunyi tetapi di khalayak ramai.
“Saya tak mahu panjangkan perkara ini kerana kasihan kepada pelajar itu dan dia ada masa depan yang cerah,” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga enggan mengulas panjang perkara berkenaan kerana perkara terbabit masih dalam siasatan polis dan kenyataan lanjutan daripada pihaknya akan diumumkan esok.
“Mereka kata saya sogok, saya pun tak tahu keluarga mangsa tarik balik laporan polis yang dibuat sehingga mereka sendiri yang maklumkan kepada saya,” katanya.
BH Online.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena