Tuesday 23 October 2018

[Video PAC: GST hilang, giliran Najib, 20 saksi & LIVE Bicara Khas bersama Menteri PLB, DS Rina] BONGKAR! Najib, Irwan hadapi tuduhan JENAYAH PECAH AMANAH melibatkan RM6 Bilion & Amal rasuah, curi duit rakyat bala turun tak - Syed Saddiq.

Selasa, 23 Oktober 2018
LIVE 

Bicara Khas bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun

Foto Suara Rakyat.

BONGKAR! Patutler Najib & BN bermati-matian pertahankan projek ECRL utk mendapatkan pinjaman hutang berpuluh2 bilion drpd k'jaan komunis-China itu..
Antara lain peruntukan yang dipercayai digunakan ialah bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan gaji kakitangan awam.

TUJUANNYA utk nak 'settle'kan pertikaian pembayaran dengan IPIC dengan membuat dua ansuran berjumlah AS $ 1.2 bilion kepada IPIC pada Ogos dan Disember tahun lepas.

NAMPAK TAK!
1 MALAYSIA kena tipu Najib kononnya Najib berjaya selesaikan hutang 1MDB-IPIC.. Rupa2nya songlap duit2 rakyat.
PATUTLER PAS dgn lebai-lebainya #PuasHati dgn Arul Kanda..
HAR.. HAR.. HAR.. 

Elak turun bala kerana LGBT seperti di Palu, kata Zahid

Anggota parlimen Bagan Datuk berkata kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini berpunca daripada pembabitan sesetengah orang dalam aktiviti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).

Mengaitkan dengan situasi di Malaysia Ahmad Zahid yng juga presiden Umno berkata kejadian gempa bumi di kawasan tersebut adalah petanda bahawa Allah menurunkan hukuman-Nya.
Mk.
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Amal rasuah, curi duit rakyat bala turun tak - Syed Saddiq

Adakah bala akan turun jika mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan pihak yang mencuri wang rakyat, begitu pertanyaan yang dilontarkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak ?
"Di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dah 12 orang ditahan oleh SPRM. Dalam Umno saja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan," kata anggota parlimen Muar itu dalam suatu ciapan di Twitter hari ini yang dipercayai menempelak kenyataan presiden Umno.
Hantaran Syed Saddiq itu disertai pautan berita Malaysiakini mengenai kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini berpunca daripada pembabitan sesetengah orang dalam aktiviti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).
Menurut Zahid dikhabarkan perbuatan lebih seribu orang LGBT telah menyebabkan kemurkaan Allah.
Mengaitkannya dengan situasi di Malaysia anggota parlimen Bagan Datuk itu berkata kejadian gempa bumi di kawasan tersebut adalah petanda bahawa Allah menurunkan hukuman-Nya.
"Kita lihat situasi di Malaysia (berhubung isu LGBT) turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami.
"Dikhabarkan terdapat lebih daripada seribu di kalangan mereka terlibat dalam aktiviti yang berkenaan, akibatnya seluruh kawasan diranapkan, ini adalah hukuman Allah," kata Zahid lagi.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena