Wednesday 24 October 2018

[Video Muhyiddin ulas dakwaan Najib isu menteri 'hilang' di Dewan Rakyat & YB Labu Labi] DULU ko buat kat pembangkang, SEKALANG giliran ko pulak Jib! Nasib ko la laaabuuuuu & Polis soal siasat Rosmah, 2 anak Jumaat ini! Nasib ko lah laaabiiiiii...

Khais, 25 Oktober 2018

YB Labu Labi 

Dulu ko buat kat pembangkang Sekarang giliran ko pulak Jib.  Siapa nak dengar.Sian betui dgn ko Najib.Nasib ko la laaabuuuuu..
Tumpang sekole.

Polis soal siasat Rosmah, 2 anak Jumaat ini

Unit anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) PDRM akan mengambil keterangan Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman dan Riza Aziz, pada Jumaat ini.
Riza adalah anak Rosmah bersama suami pertamanya dan terpalit dengan skandal 1MDB.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Rosmah dijadual memberi keterangan esok tetapi beliau meminta ia ditangguhkan ke pukul 10 pagi Jumaat ini.
"Dia mahu bersama-sama suaminya (bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak) memandangkan (Najib) dijangka didakwa esok. Kita setuju untuk menangguhnya," kata sumber.
Ini merupakan kali kedua sesi itu ditangguhkan.
Pada mulanya polis dijadual merekodkan kenyataan Rosmah pada 19 Oktober berkenaan pemilikan dan pembelian barangan kemas yang dirampas di hartanah berkaitan Najib Mei lalu, berkaitan dengan siasatan 1MDB.
Namun Rosmah meminta ia ditangguhkan esok.
Pada Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan nilai barangan kemas yang dirampas mencecah RM440 juta.
Ia termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 bentuk cincin, 2,100 bentuk gelang, 2,800 pasang subang, 1,600 bentuk kerongsang dan 14 tiara.
Selain itu, polis juga merampas 567 beg tangan bernilai lebih RM51.3 juta, serta 423 jam dan 234 cermin mata hitam, masing-masing bernilai RM79 juta dan RM374,000.
Pada 4 Oktober lalu, Rosmah dihadapkan dengan 17 pertuduhan, merangkumi 12 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima dakwaan berkaitan kegagalan mengisytiharkan wang tersebut seperti termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena