Monday, 29 October 2018

[Video Bila Seniman Menangis & Di paksa menyanyi tangan bergari] Propa 'Musim Tengkujuh' datang lagi, apa kata walaun? Tun M - Tiada perjanjian dengan 'penjenayah'.

Selasa, 30 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Musim tengkujuh sampai dah di Kelantan...
Propa yang kerap selalu dimainkan dalam acara tahunan kalendar PAS setiap tahun..
Negeri PAS-Kelantan satu2nya yang 'tak pernah' terima bala dari Tuhan kerana ditadbir kerajaan Islam-PAS..
Image may contain: 18 people, people smiling, text 

Tiada perjanjian dengan 'penjenayah' - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak membuat sebarang perjanjian berunsur wang dengan pemimpin UMNO untuk mereka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana mereka adalah ‘penjenayah’.
Perdana Menteri berkata, jika ada pihak yang mendakwa menjumpai bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) merasuah mereka, beliau mengalu-alukan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Kita tidak buat perjanjian dengan penjenayah. Namun, jika anda menemui beberapa kes yang
berkaitan rasuah, anda dialu-alukan untuk membuat laporan supaya tindakan boleh diambil.
“Bagaimanapun, setakat ini, kita tidak mengenakan syarat berupa wang untuk ‘memancing’ mereka (pemimpin UMNO) masuk BERSATU.
“Mereka cuma perlu meninggalkan UMNO dan jadi bebas terlebih dahulu buat seketika waktu. Kemudian mohon untuk jadi ahli BERSATU,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mapan di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan sama ada terdapat perbincangan ‘pintu belakang’ membabitkan seramai 40 Ahli Parlimen UMNO dipercayai akan meninggalkan parti itu bagi menyertai BERSATU tidak lama lagi menerima ganjaran dalam bentuk wang.
Terdahulu, timbul spekulasi ramai Ahli Parlimen UMNO akan lompat masuk BERSATU apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin mendedahkan perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk disiasat.
Beliau berkata, hasrat untuk menyertai BERSATU tidak seharusnya menjadi langkah untuk mereka menyelamatkan diri kerana semua pihak perlu mematuhi undang-undang.
BH Online.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena