Tuesday 4 February 2014

Kecoh PKR Hutang Melintang: Kesavan pula bersiap nak kahwin?

Selasa, 4 Februari 2014
 Survival terakhir umno adalah fitnah...
Photo: Survival terakhir umno adalah fitnah & jubog saiful
Survival terakhir umno adalah fitnah

Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau


Sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh seorang ADUN PKR Perak kepada Speaker negeri menimbulkan spekulasi beliau keluar parti.

Surat bertarikh 2 Januari lalu itu ditandatangani oleh ADUN Hutan Melintang S Kesavan mengatakan beliau telah berhenti dari PKR kerana "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti.

"Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan tidak dilayan. 

Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut."Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini.

Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi.

PKR mempunyai luma ADUN dari jumlah keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. ~mk
Posted by 

Kenyataan media dari Pengarah Komunikasi KEADILAN

Assalamualaikum dan salam hormat,

KEADILAN telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan A/L Subramaniam, ADUN Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.

Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti.

YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut. Sekian, terima kasih.


Fahmi Fadzil 
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Surat rasmi bagi ADUN yang digunapakai untuk setiap urusan mereka.
 Surat tersebut juga disahkan palsu oleh Ketua Srikandi KeAdilan Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Menurutnya “Surat di sebelah atas ialah surat palsu yang dihantar ke pejabat SUK negeri Perak dengan niat khianat kepada YB Kesavan dan di bawah ialah surat rasmi bagi ADUN yang digunapakai untuk setiap urusan mereka.
Tambahnya lagi "Jelas ia adalah dua surat yang berbeza dan dipalsukan.Aalamat kepala surat dalam surat palsu itu juga ialah alamat rumah dan bukan pejabat YB Kesavan.

... Alahai macai.. dah tak ada kerja sangat ke?
Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena