Saturday 4 April 2015

[Al-Fatihah] Ayah Anwar Ibrahim meninggal dunia...“Kali pertama Anwar dipenjara, beliau diuji dengan pemergian ibunda"

Ahad, 5 April 2015

WAJAH TERKINI DSAI DILUAR PENJARA


Ayah Anwar Ibrahim meninggal dunia


Pautan kekal imej terbenam

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjalani hukuman penjara 5 tahun beliau sementara ayah beliau meninggal dunia pada umur 96 tahun, 1.45 pagi tadi. 

Ayah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi.

Menurut makluman di akaun Facebook isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jenazah Ibrahim dibawa pulang ke rumahnya di Kajang.

“Kali pertama Anwar dipenjara, beliau diuji dengan pemergian ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor,” tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah merujuk kepada Anwar dan bekas presiden PAS Datuk Fadhil Noor.

“Kali ni diuji pula dengan pemergian Nik Aziz dan kini, ayahanda beliau," tulis makluman itu merujuk kepada pemergian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.






Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) melawat rumah ayah Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. 

Jenazah Ibrahim dijangkakan akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.

“Kak Wan terpaksa batalkan semua program di Pulau Pinang hari ini, bergegas pulang ke Kajang,” tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah yang juga merupakan presiden PKR.

Ibrahim merupakan ahli Parlimen Seberang Perai Tengah dari 1959 hingga 1969. Beliau juga pernah menjawat jawatan setiausaha Parlimen.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Sementara itu, pihak berkuasa penjara akan membenarkan Anwar menziarahi jenazah ayahnya pada 11 pagi ini.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang. – 5 April, 2015. ~TMI
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena