Saturday 4 April 2015

HINDAR...Himpunan Derita Rakyat & Himpunan Lawan Rejim...Himpunan 1 Mei #Kita Lawan

Ahad, 5 April 2015


Ayuh pemuda kita bangkit!!!



HIMPUNAN 11 APRIL HIMPUNAN LAWAN REJIM, WAJAR DISOKONG 

Dikhabarkan PAS akan menganjurkan Himpunan Membantah GST (Himpunan Derita Rakyat - HINDAR) di Padang Merbok pada 11 Apr ini mulai jam 4.00 petang hingga 08.30 malam. Khabarnya himpunan tersebut adalah anjuran Dewan Ulamak Pas Pusat. 

Kita patut memberi pujian dan sokongan di atas usaha mulia ini agar pandangan rakyat terutamanya dari Non Muslim terhadap golongan ugama tidak salah. Golongan agama ini memang wajar berada di hadapan apabila merasakan berlakunya kezaliman atau ketidakadilan di dalam negara ini tidak kira siapa. 

Maka, amat baik sekali jika semua di antara kita yang membantah GST ini pakat turun beramai-ramai sebagai satu solidariti bagi menyuarakan bantahan terhadap perlaksanaan GST yang telah pun bermula semalam. Usah dilihat siapa yang menganjur, tetapi lihatlah kepada apa tujuan dan objektif himpunan tersebut. 

Pada 01 Mei nanti, itulah himpunan yang kita harapkan yang terbesar untuk kita kejutkan rejim bahawa lebih dari 53% rakyat tidak pernah redha dengan GST ini. Bersama-samalah kita gerakkan/ mobilisasikan setiap program yang diatur demi kebaikan bersama. 
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 




Himpunan 1 Mei, Kita Lawan sasar 1 juta

Sekretariat Kita Lawan akan mengadakan himpunan pada 1 Mei depan bagi menuntut kerajaan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Akmal Nasir dari sekretariat tersebut, perhimpunan di Kuala Lumpur itu mensasarkan seramai satu juta orang untuk menghadirinya.

Beliau yang juga pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa ini kerana GST yang bermula minggu lalu merupakan satu cukai yang zalim.

Turut hadir di sidang media itu ialah beberapa orang aktivis dan pemimpin Pakatan antaranya, penyelaras Jingga 13 Fariz Musa dan aktivis Mandeep Singh.

Sekretariat itu juga akan mengadakan siri himpunan jelajah ke seluruh negara sebagai pengenalan serta memupuk semangat melawan GST ke seluruh negara.

Lokasi pertama yang dipilih  ialah Johor Bahru bertempat di City Square. Himpunan pengenalan itu akan diadakan jam 4 petang Sabtu depan.

Sebelum ini seketeriat yang sama telah mengadakan himpunan pada 28 Mac lalu bagi menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekalipun berdepan pelbagai tindakan termasuk penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis, seketariat itu menganggap protes dari pusat membeli-belah Sogo ke KLCC tersebut berjaya dan menyifatkan mereka yang ditahan itu sebagai "simbol keberanian" melawan kezaliman.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena