Wednesday 8 April 2015

Rafizi Fitnah! Gambar BMW Disebar Bukan Hak Milik Kerajaan?...BMW nafi kerajaan beli 7 Series...

Rabu, 8 April 2015

BMW nafi kerajaan beli 7 Series...


BMW Group Malaysia hari ini menafikan dakwaan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa kerajaan Malaysia telah membeli enam unit kereta BMW 7 Series.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Katanya, BMW Group Malaysia katanya akan menyediakan kenderaan BMW 7 Series dan BMW 5 Series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP pada persidangan terbesar Asia Tenggara hujung bulan ini.


Sebelum ini di Parlimen, Rafizi berkata kerajaan Persekutuan patut memberikan penjelasan dakwaan pembelian kereta mewah BMW 7-Series sedangkan rakyat menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ekoran penafian itu, Rafizi, di laman Facebooknya meluahkan rasa syukur bukan duit GST yang digunakan untuk pembelian kereta-kereta tersebut lapor AstroAwani

Rafizi Fitnah! Gambar BMW Disebar Bukan Hak Milik Kerajaan

mynewshub – Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan fitnah apabila mengaitkan gambar kereta-kereta mewah berjata negara yang disebarkan di laman sosialnya adalah pembelian terbaharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi kenyataan diberikan sumber Wisma Putra kepada Mynewshub, kereta-kereta mewah itu bukanlah pembelian terbaharu sebagaimana dicanang Rafizi sebaliknya kenderaan terbabit merupakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh syarikat swasta bersempena Asean Summit ke- 26, yang bakal diadakan pada 26 dan 27 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre.
Adalah amalan biasa untuk syarikat dari sektor swasta menyediakan kemudahan pengangkutan untuk acara-acara besar negara seperti LIMA di Langkawi di mana syarikat terlibat akan mendapat insentif selepas kereta berkenaan dilelong usai acara besar yang ditaja mereka. Dalam erti kata lain, kereta-kereta mewah ini sama sekali TIDAK dibeli oleh pihak kerajaan sebagaimana dakwaan Rafizi.
Dalam kenyataan sama sumber Wisma Putra turut menjelaskan, menteri-menteri luar ASEAN akan menggunakan kenderaan jenis BMW tersebut sebagai pengangkutan rasmi sepanjang persidangan sementara untuk ASEAN Summit, kenderaan jenis Mercedes Hybrid akan digunakan sebagai kereta rasmi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena