Wednesday 8 April 2015

[Video ABCD GST] Yang Tanggung Biawak Hidup?-Rakyat!....Laman pro-BN ramal Dr M serang Rosmah?

Rabu, 8 April 2015

Hai rakan rakan! Mari kita nyanyi Lagu ABCD GST bersama-sama!! Lirik Lagu ABCD GST: ABCD GST Harga semakin tinggi Tak naik lagi gaji Mesti makan maggi mee Se...
YOUTUBE.COM

Lagu tema GST. Wajib dengar dan nyanyi!

10000.00 = 600 ringgit
100000.00 = 6000 ringgit
1000000.00 = 60000 ringgit
Kalau nilai kecik mmg tak nmpk,, kalau nilai besar di situ kita nmpk,,
Kalau malaysia 1 juta org belanje 1 RINGGIT malaysia dah untung 60 ribu ringgit, paling SIKIT satu hari,, setahun 21840000 JUTA ringgit,,tu baru SERINGGIT sehari dan 1JUTA ORG...
Fikir baik baik Semoge duit kita mampu untuk tolong orang susah... -.-
Renungan Untuk Rakyat 1Malaysia...
Mangsa Banjir - Rakyat
Sukarelawan - Rakyat
Yg Menderma- Rakyat
Yg Risau- Rakyat
Yg Bantu Pemimpin- Rakyat
Yg Kena Berjimat Cermat- Rakyat
Yg Kena Tipu- Rakyat
Yg Disuruh Bersyukur- Rakyat
Yg Selalu Susah- Rakyat
Yg Kena GST- Rakyat
Yg kena bayar Tol -Rakyat
Yg kena bayar hutang -Rakyat
Yg menanggung beban -Rakyat
Yg mengikat perut-Rakyat
Yg tanggung Biawak hidup-Rakyat..
Bestnya jadi Rakyat 1Malaysia ni.. Semua Rakyat Didahulukan

Laman pro-BN ramal Dr M serang Rosmah pula


Senyap dalam tempoh 24 jam selepas kritikan keras Tun Mahathir Mohamad, sebuah laman web pro-Umno hari ini terus menyerang balas mantan perdana menteri itu.

MyKMU.net hari ini menerbitkan artikel yang mempersoalkan sama ada Mahathir akan menyasarkan Rosmah Mansor, untuk melemahkan suaminya Datuk Seri Najib Razak.

Laman itu menjelaskan bagaimana Mahathir menggunakan modus operandi sama seperti yang dilakukan terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan mensasarkan menantunya Khairy Jamaluddin dalam pilihan raya 2008.

“Soal ada bukti atau tidak itu belakang kira kerana jika isunya bukti, Mahathir tidak akan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantunya kerana perkara itu telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Muat turun penghakiman, dapatlah jawapan, Najib apa kena mengena dalam hal itu?

“Tapi sebagai mana yang dikatakan tadi, isunya bukan bukti tapi mencipta persepsi buruk terhadap Najib dengan menggunakan isterinya,” kenyataan dalam blog itu dipetik.

Artikel itu berkata Mahathir akan kemungkinan besar "merampas" dakwaan pembangkang sebelum ini yang mendakwa Rosmah campur tangan dalam pentadbiran Umno dan negara.

MyKMU turut berkata kini kisah tentang isteri Mahathir,Tun Siti Hasmah Ali, tidak campur tangan dalam hal ehwal negara sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah Malaysia tersebar di media sosial.

“Untuk apa semua ini kalau bukan untuk dibandingkan dengan Rosmah nanti?” tulisan dalam blog itu dipetik.

'Bila dalang nyanyuk...'

Sementara itu, artikel lain dalam laman web sama pula menyebut bahawa rakyat Malaysia tidak mahu “perdana menteri kawalan jauh” atau boneka yang menerajui negara.

“Dalam hal sekarang, siapa yang lantik beliau sebagai penasihat Najib sehingga bila nasihatnya tidak dipakai Najib maka Najib perlu meletak jawatan?

“Mahukah rakyat Malaysia ini mempunyai seorang perdana menteri seperti itu (dikawal oleh Mahathir), dan apakah akan jadi kepada negara ini setelah tok dalang yang mengawal boneka ini, mati, nyanyuk, hilang ingatan dan sebagainya?” artikel itu dipetik.

MyKMU turut muatkan gambar hiasan individu dua wajah (atas) -- sebelah Mahathir dan sebelah Najib -- bagi mengukuhkan tulisan itu.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena