Wednesday 8 April 2015

[Video] Sebut nama Mahathir, Najib bingkas beredar dari media & Menuntut GST dibatalkan serta-merta...

Rabu, 8 April 2015
Published on Apr 8, 2015
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mengelak daripada memberi sebarang reaksi apabila wartawan ingin mendapatkan ulasannya berhubung 'serangan' Tun Mahathir Mohamed yang mahu beliau bherundur.

Sesi sidang media selepas perasmian majlis pelancaran dan sesi pengundian unit projek Prumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) juga dibatalkan dan pihak media dilarang daripada medekati perdana menteri seperti lazimnya.




Himpunan Hari Pekerja - #BatalGST

Kedegilan Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan goods & services tax (GST) tanpa mengambil kira kesusahan dan keperitan rakyat benar-benar membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat yang melihat ianya sebagai kemuncak sikap buta tuli pemerintah kepada suara rakyat. Hari demi hari semakin banyak hamburan amarah rakyat yang amat-amat geram dengan keangkuhan kerajaan dalam mempertahankan cukai zalim ini.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan penjelasan-penjelasan dangkal serta analisis-analisis karut pemimpin-pemimpin negara bagi merasionalkan polisi songsang ini. Tambah menjengkelkan apabila pelaksanaan cukai ini dibuat semasa negara dihambat skandal kewangan 1MDB, skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara.

Maka pada 29 Mac yang lalu, satu mesyuarat telah diadakan melibatkan pemimpin-pemimpin NGO-NGO, parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan mahasiswa dan organisasi-organisasi massa bagi membincangkan aksi bantahan terhadap pelaksanaan GST yang telah pun bermula pada 1 April 2015 yang lalu.

Justeru seluruh anggota mesyuarat telah bersetuju bahawa satu himpunan besar-besaran akan diadakan sebagai simbol penolakan total rakyat Malaysia terhadap cukai yang menindas, zalim dan tidak menyebelahi rakyat terbanyak ini. Mesyuarat juga bersetuju bahawa himpunan raksasa ini dibuat pada Hari Pekerja, iaitu 1 Mei 2015 dan dinamakan sebagai Himpunan Hari Pekerja - #BatalGST.

Dalam tempoh sebulan ini, kami juga akan menggerakkan jelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan rakyat untuk turun ke himpunan kemuncak 1 Mei nanti. Berikut merupakan tarikh dan lokasi jelajah yang telah dipersetujui:

1) 9 April di Alor Star, Kedah
2) 10 April di Bagan Serai, Perak
3) 11 April di Seremban, Negeri Sembilan
4) 12 April di Kemaman, Terengganu
5) 14 April di Batu Pahat, Johor
6) 20 April di Tumpat, Kelantan
7) 30 April di Shah Alam, Selangor

Fokus dan tuntutan himpunan ini hanya satu; menuntut agar pelaksanaan GST dibatalkan serta-merta. Justeru, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, daripada Johor hingga ke Perlis, daripada Sabah hingga ke Sarawak, untuk turun dan memenuhi bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Mei ini dengan berpakaian merah – warna dan simbol perjuangan rakyat!

Kenyataan media ini disokong oleh:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Gerakan Demokratik Belia & Pelajar Malaysia (DEMA)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Pemuda Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Kelab Bangsar Utama
Sekretariat #KitaLawan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena