Sunday 15 November 2015

Yang anehnya, Hadi tak mahu bersumpah, sebaliknya disuruh Husam yang bersumpah?

Isnin, 16 November 2015

Haji Hadi Tak Mahu Bersumpah, Disuruh Husam Pula Yang Bersumpah.......

Tidak ada kerajaan perpaduan di Selangor – Abdul Hadi 

SHAH ALAM : Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan sekali lagi dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung kontroversi Pas mahu bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor semasa krisis Menteri Besar pada tahun lepas. 

Sebaliknya, Presiden Pas itu menegaskan, parti itu kekal dengan pendirian tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) atau menjalin sebarang hubungan dengannya. 

“Tiada..tiada. Selangor tiada. Dia (Husam) tak tahu. Dia duduk di Kelantan. Dia tak terlibat macam mana dia nak tahu (mahu wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Sebelum ini, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas mendedahkan Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor. 

Beliau turut menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataan yang dibuat olehnya itu. Mengulas mengenai sumpah yang mahu dilakukan oleh Husam itu, Abdul Hadi menyerahkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu. 

“Kalau apa yang dia kata betul, kami bohong..biar dia bersumpah,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut ditanya adakah parti itu akan mengambil tindakan terhadap Husam mengenai serangan-serangan yang dibuat olehnya kepada Pas. 

“Bergantung kepada Pas Kelantan.. Setiausaha Agung (Datuk Takiyuddin Hassan) kena kendalikan perkara itu,” ujarnya. -fmt 

ULASAN GB

Yang anehnya, Haji Hadi tak mahu bersumpah, sebaliknya disuruh Husam yang bersumpah. Haji Hadi sekadar menafikan usaha penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor.

Apa yang telah disampaikan oleh Husam sebenarnya telah diakui benar oleh beberapa orang bekas AJK PAS Pusat.

Di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, Haji Hadi telah ditanyakan soalan mengenai usaha kerajaan perpaduan di Selangor.

"Dia (Haji Hadi) kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?' 

Luahan Haji Hadi itu bukan saja Husam yang melaporkan tetapi juga oleh beberapa AJK PAS Pusat yang lain.

Husam mempunyai beberapa orang saksi mengenai pengakuan Haji Hadi itu.

Apa yang disampaikan oleh Haji Hadi berkenaan selari dengan kenyataan seorang geng UG bernama Zuhdi Marzuki:


Sebelum ini kita sudah paparkan video-video mengenai usaha UG itu di Tak Sukar Untuk Husam Buktikan Wujudnya Usaha Kerajaan Perpaduan

ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Dasar presideng gila kuasa...rakyat akan hukum mu dan puak2 ulamak jadiang mu..
Tanpa Nama berkata...
Parti PAS itu milik Haji Hadi. Islam itu milik parti PAS. Hanya parti PAS yg memperjuangkan Islam. Hancur PAS bangsat lah Islam.

Propaganda Pas sgt selari dan senada seirama dgn propaganda umno. Hanya umno yg memperjuangkan nasib melayu. Hancur umno bangsat la melayu!!

Parti PAS milik mutlak org yg bergelar ustaz dan ulama. Hanya dlm PAS sahaja Ustaz dan Ulamak original dan ada cop syurga. Ulamak di luar PAS hanya ciplak2 dan cap ayam adanya!

Begitu juga..di Kelantan itu hanya PAS yg layak mentadbir sebagai kerajaan. Parti Islam AMANAH jgn le kaco2 kerajaan islam kelantan. Pergi main jauh2 kat SABAH dan SARAWAK sana tu. Jgn saje2 nak buat pertandingan 3 penjuru. Nanti yg menang UMNO!

Parti PAS tetap tidak bersama umno. Korang kena yakin dan percaya tu! Jangan nak pertikai!! Sebab yg bagi warning tu bukan cikai2 punya orang. Ulamak pewaris nabi yg cakap. Ingkar pada ulamak. Maksudnya ulamak PAS seperti derhaka pada nabi. Jgn main2 tu. Boleh jatuh kafir dibuatnya. Malah sama level dgn kafir parti DAP.

Parti MIC MCA dan GERAKAN tu...kapir le jugak. Tapi kapir mereka tu lain mcm sikit. Mereka tak hentam ulamak. Mereka ikut saluran yg betul. Walaupun dlm hati mereka sikit2 ada le tk faham Islam. Tapi tak biadap mcm Husam Musa.

Kalau iyee...pun ada rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan ulamak di Kelantan tu. Senyap2 dan ikut saluran yg betul udah le. Jangan le aibkan ulamak. Jaga aib orang lain. Allah akan jaga aib kita. Itu baru betul.

Kalau Haji Hadi kata NO to UG. Maksudnya memang no le tu. Tk payah le paksa2 beliau ngaku. Yg HASSAN ALI dan NASHRUDDIN MAT ISA dok canang dan petik2 nama Mr. PRESIDENG dlm hal kerajaan perpaduang dgn umno tu...saja2 je. Bukan ada maksud lain. Betul. Memang tkde! Sumpah potong kepala ayam! Memang takde punya le...!!

Tapi....AMANAH dan DAP memang jilake!! Suka sangat fitnah ulamak dan ustaz original dalam PAS. Mereka belum tau rasa kena karate guna siku dan lutut!! Belum lagi kena cakar rimau Ustaz Ketua Pemuda. Kalau kena jentik2 dgn Ustaz Haji Dr. Zuhdi jgn cakap le. Silap2 KIT SIANG dan Mat Sabu....3 minggu muntah2 darah bak perempuan muda mulai mengandung...!!

Maka jgn lagi cuba2 nak lawan PAS. PAS sgt kuat sama ada bersendirian maupun berUG dgn umno. PAS parti ulamak!! Umno yg jadi menteri dan kerajaan pun tau takut nak kutuk2 parti ulamak!! Mereka gentar takut ulamak dlm PAS buat doa laknat mcm dlm muktamar PAS yg lalu!!

Husam Musa jgn gatal2 mulut nak kritik ulamak no. 2 dlm ranking ulamak dunia!! Sekian. Tenkiu!!

1 comments:

Unknown said...

panas ciket.. kalau ag adi dianggap imam jemaah islam dan PAS dianggap jemaah Islam dan bukan ahli PAS dianggap bukan jemaah Islam, apa hal dengan Sultan, Agong yang bukanpun ahli PAS..? Mati jahiliah jugak ker,,,?... wekkk..

Jangan tangkap adik tau.. sbb adik - Anak Bawah Gede @ Budak kecik

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena