Tuesday 8 November 2016

[Video UMNO akan jadi 'besi buruk'] BERSATU dicadang sertai PH untuk membina 'Grand Coalition' atau pakatan besar sebagai kerajaan menunggu.

Rabu, 9 November 2016

Bersatu dicadang sertai Pakatan Harapan Sabtu ini

Bersatu dicadangkan menjadi parti komponen Pakatan Harapan dalam konvensyen pertama Sabtu ini.

Bersatu dicadangkan menjadi parti komponen Pakatan Harapan dalam konvensyen pertama Sabtu ini.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dicadangkan menyertai Pakatan Harapan (PH) sempena konvensyen pertamanya Sabtu ini bagi menjadikan gabungan mempunyai empat parti.
"Sewajarnya PH mengambil langkah untuk terus melemahkan UmnoBn dengan membina 'Grand Coalition' di kalangan parti pembangkang untuk bersiap sedia sebagai peneraju 'Malaysia Baru' selepas PRU14.
"Membawa PPBM (Bersatu) untuk menjadi anggota komponen PH adalah satu keperluan dan harapan bagi memberi keyakinan pada rakyat," kata ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarBagi bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu, PH ialah 'Grand Coalition' atau pakatan besar adalah sebagai kerajaan menunggu.
"Tiada menghilang nama dan tiada mengurang bisa jika PPBM memohon untuk menyertai PH dan seterusnya semasa Konvensyen PH pada 12 Nov 2016 ini diistiharkan PPBM sebagai anggota komponen baru PH," katanya.
Katanya, apa yang berlaku sekarang PH bekerjasama dengan Bersatu.
"Ini tidak menunjukan kesatuan sebenar untuk rakyat mendukung parti pembangkang pada PRU14 nanti, bermula dari sekarang," katanya.
Bagi beliau, apabila sudah menjadi satu dalam PH barulah mudah untuk bersama melakar persekitaran politik, membina kekuatan bersama dan merancang kebijaksanaan, satu jiwa, satu nada dan satu rasa Malaysia.
"Maka,ianya merupakan pakatan politik yang jitu membela nasib rakyat dan besedia untuk berhadapan dengan Umno dan BN.
"Saya percaya jika ini yang terjadi, hasrat untuk melihat satu nama, satu lambang pada PRU14 akan menjadi kenyataan.
"Ini untuk Rakyat..Rakyat menunggu," kata Mahfuz dalam kenyataan itu.
Menurut Mahfuz, harapan rakyat begitu tinggi menggunung untuk melihat pembentukan satu wadah baru politik Malaysia yang menggabung dan menyatukan parti-parti pembangkang dari pelbagai latar belakang ideologi dalam satu 'Grand Coalition' yang mampu membawa negara dan rakyat Malaysia berada dalam kehidupan yang aman makmur dan damai berteraskan sikap saling bertolak ansur dan hormat menghormati segala perbezaan.
Kewujudan gabungan baru ini, katanya, diyakini dapat memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia untuk melihat pembentukan sebuah negara yang lebih adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan kepada keluhuran undang-undang.
Di samping itu juga, katanya, sebuah pakatan pembangkang yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah tadbir serta kepincangan pentadbiran Umno/Bn.
PH akan mengadakan konvensyen pertamanya Sabtu ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam.
Dalam konvensyen itu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk berucap pada paginya manakala presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertainya pada sebelah petang.
Mengikut jadualnya, PH akan memeterai perjanjian kerjasama dengan Bersatu pada sebelah petangnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena