Sunday 2 December 2018

[Video Ibrahim Ali: Pihak Polis Mesti Bertindak TEGAS] ICERD hanyalah 'kambing hitam' untuk menghalalkan matlamat politik PEMBANGKANG! UMNO DAN PAS semakin keliru dan melalut dengan tujuan berhimpun 8 Disember.

Ahad, 2 Disember 2018
Image result for Gambar kambing hitam

UMNO DAN PAS MAKIN MELALUT DENGAN TUJUAN BERHIMPUN 8 DISEMBER INI

Kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember yang pada asasnya sudah tidak relevan lagi untuk diteruskan, UMNO dan Pas kelihatan semakin keliru dan melalut dengan tujuan mereka berhimpun itu.

Sebaik kabinet membuat keputusan tidak akan meratifikasikan ICERD pada 23 November lalu, ikut hukum akal yang waras, himpunan itu tidak sepatutnya lagi diteruskan.

Bagaimanapun UMNO berkeras untuk meneruskannya dengan alasan ia sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kerana tidak meratifikasikan ICERD akhirnya.

Senada dengan pendirian UMNO itu, Pas pula mengatakan mereka mahu terus berhimpun sebagai tanda kesyukuran lantaran kerajaan kesudahannya membuat keputusan membatalkan pengesahan terhadap ICERD.

Lagi pun, kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, sukar untuk mereka membatalkan begitu saja daripada berhimpun kerana baju-T, bas, bilik hotel dan lain-lain persiapan sudah pun ditempah.
Kemudian selepas itu, Hadi Awang pula berhujah bahawa Pas mengambil keputusan meneruskan penyertaan dalam perhimpunan membantah ICERD kerana ingin mengajar sesetengah menteri yang didapati masih mengeluarkan kenyataan membayangkan seolah-olah konvensyen PBB itu akan diratifikasi juga pada suatu hari nanti.

Kata Hadi, menteri perlu menghormati Perdana Menteri yang sudah pun mengeluarkan kenyataan tidak akan menandatangani ICERD itu.

Sementara itu, UMNO pula menerusi Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, himpunan 8 Disember nanti bukan saja untuk membantah ICERD, tetapi juga bertujuan menuntut janji daripada Pakatan Harapan.

Tegasnya, ini berikutan masih banyak janji Pakatan Harapan kepada rakyat masih belum ditunaikan sehingga kini.
Apa yang nyata di sebalik semua ini ialah UMNO dan Pas jelas tidak konsisten berhubung sebab dan tujuan mereka berhimpun pada 8 Disember nanti, walaupun setelah kerajaan memutuskan tidak akan meratifikasikan ICERD.

Daripada untuk berterima kasih dan bersyukur, ia kemudian berubah kepada alasan kononnya disebabkan baju T, bas dan hotel sudah ditempah dan kemudian bertukar pula untuk tujuan mengajar sesetengah menteri serta menuntut janji-janji ditunaikan.

Kenapa berubah-ubah dan kian melalut?

Menjelang hari-hari terakhir atau sehari dua sebelum  8 Disember ini, tidak mustahil UMNO dan Pas akan memberi sebab dan tujuan lain pula mengapa mereka meneruskan juga perhimpunan itu.

Sebabnya tidak lain ialah UMNO dan Pas mengadakan himpunan 8 Disember ini semata-mata kerana tujuan politik semata-mata. Mereka sentiasa mengubah tujuannya untuk mewajarkan perhimpunan itu sambil mengabuinya daripada penyokong masing-masing.

ICERD hanyalah 'kambing hitam' untuk menghalalkan matlamat politik kedua-dua parti itu untuk menekan, menghasut, menimbulkan huru-hara dan jika boleh, akhirnya menjadikan kerajaan pimpinan Tun Mahathir terus tidak stabil dengan sentimen kaum dan agama yang akan terus dibakar dan diapi-apikan.

Itu saja tujuannya. Titik. (ShahbudinHusin 02/12/2018).

2 comments:

Lone ranger pomen said...

Seingat Aku la. Kalau tak silap, masa PRK Kuala kangsar dulu, najib Ada Janji nak buat jambatan Dari mana nak kemana pun Aku tak Tau... Isteri Arwah Yg mewakili umno yg menang.. Kalau betul la, Dah siap ke jambatan nya... Yg tu patut Ko tuntut. Kalau Dah Ada, bleh tuntut hospital Yg tinggal papan tanda merata negara. Ade kuasa atau tak, Janji Tetap Janji jika nak Pegang sgt dgn Janji... Masa najib naik Minyak 20sen lepas Dia Janji tak akan naikkan tak nak plak bising.. Dasar manusia munafik... masa berkuasa, yg tau Cuma mencuri, bila rakyat sepak, nak Jadi wira. Anwar Dan pembangkang dulu, melangkah masuk penjara sebagai wira membela rakyat. Bekas menteri plak, masuk mahkamah kerana scandal merompak, pecah amanah, boleh lagi angkat tangan Kat org Dan wartawan... Konon mangsa fitnah. Betul2 maruah dah takde, Itu la lebai boleh Puas hati. Betul Kata Awak, Satu penipu, Satu lagi kena tipu.

Ab Rahman Yaacob said...

SETUJU !
Satu penipu, Satu lagi kena tipu... huhuhuhuh

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena