Sunday 2 December 2018

[Video Ibrahim Ali 'Mengamuk' Apa Lagi Depa Nak? & Nampak aje polis 'Bebudak Perkasa' lari balik!] Lepas ancam amuk, polis mahu siasat Ibrahim Ali.

Ahad, 2 Disember 2018
Foto Suara Rakyat.
PAS masih tak puas hati dgn k'jaan walaupun keputusan sebulat suara Kabinet telah menolak & tidak meratifikasi ICERD itu..

Lepas ancam amuk, polis mahu siasat Ibrahim Ali

Polis akan menyiasat Presiden Perkasa Ibrahim Ali berhubung ucapannya yang berkata "Perkasa akan mengamuk" yang diucapkan dalam Himpunan Jihad Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata, polis akan mengambil tindakan sekiranya ucapan itu didapati cuba mencetuskan ketegangan.
“Saya serahkan kepada polis untuk melihat apa sahaja kenyataan yang dibuat oleh Ibrahim atau sesiapa sahaja di dalam Perkasa dan polis akan menyiasat kenyataan yang dibuat mereka,” katanya dalam sidang media di Kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya hari ini.
Menurut Muhyiddin, Perkasa sebelum ini telah mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa berhubung himpunan hari ini dan bersetuju untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
“Walau apa pun, polis ada di sana untuk memantau dan sekarang, mereka diberi lampu hijau untuk melakukan apa yang perlu,” katanya. 
Kira-kira 200 menyertai perhimpunan anjuran Perkasa di Kuala Lumpur hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) serta mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar meletakkan jawatan. 
Perkasa turut memberi amaran terhadap pihak yang menurut mereka memperkotak-katikkan maruah orang Melayu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena