Tuesday, 5 March 2013

Bakar Foto NAJIB: Filipina Desak Henti Serang SULU Army!

Selasa, 5 Mac 2013
Bakar foto Najib, Filipina desak Malaysia henti serang tentera Sulu
najib protes

NONE

NONE



FILIPINA 5 MAC: Aktivis Filipina mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya kerajaan Malaysia menghentikan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.
Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu, tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.

Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai “Syahid Tausug”.

Manakala yang lainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah.
Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina – Migrante – memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah “benar-benar sah”.

Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes.

Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut. – Malaysiakini


Kedutaan Malaysia di Manila ditutup ekoran tunjuk perasaan
Foto Najib dibakar depan Kedutaan M'sia di Manila.

MANILA 5 Mac - Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.
Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. - REUTERS

N23 DUN MANJOI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena