Tuesday, 5 March 2013

Selangor Iktiraf Jasa 8 Anggota PDRM Wira yang Gugur: DANA RM10 juta disediakan..


Selasa, 5 Mac 2013
Kerajaan Selangor Sediakan Dana RM10juta
Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas  RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
 
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.
 
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
 
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
  

"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
 
Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena