Sunday 3 March 2013

IGP: *Terkini 5 Anggota PDRM Lagi Terbunuh!!!

Ahad, 3 Mac, 2013

Nigel Aw
12:57PM Mac 3 2013
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.
Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.
Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.
Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.
Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.
Sumber http://www.malaysiakini.com/news/222776

Komentar Gen-y
1 comment:
 Azamad Jauhar said...
Salam, apatugas kpn ni hanya sekadar maklumkan kematian sahaja ke? , sayang nyawa jadi permainan manusia yang rendah akalnya, hilang nilai perjuangan menegakkan hak malaysia. beginilah kalau negara ditadbir bukan dari kalangan org yang layak. Allah Huakbar. Semoga BN mendapat pembalasan dari Allah atas kelaku lemah ini.
March 3, 2013 at 4:00 PM


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena