Friday 1 March 2013

Siapa Kirim Orang SULU ke Lahad Datu?:Presiden Filipina Benigno Aquino...

Sabtu, 2 Februari, 2013
Ceroboh Sabah: Anwar mahu kerajaan beri penjelasan kepada rakyat...!!


SHAH ALAM – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan diminta menjelaskan kepada rakyat tentang kejadian berdarah di Lahad Datu pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini turut mempersoalkan bagaimana sempadan negara begitu mudah boleh dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata.

"Mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?

“Isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberi maklumat mengenai apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pertempuran pagi tadi membabitkan pihak keselamatan negara dan kumpulan penceroboh dari Filipina, polis mengesahkan dua anggota komando dan 12 ahli kumpulan terbabit terbunuh selepas hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.

Kumpulan penceroboh terbabit diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo, Lahat Datu.

Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Source: Gaya Peneroka
14 Terbunuh, 3 Cedera di Lahad Datu, namun persoalan-persoalan ini masih belum terjawab..

Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah telah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua Komando Polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Dua komando yang terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud.

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera, Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui..

Manakala seorang daripada tiga cedera itu dalam keadaan kritikal, dan mereka sedang dirawat di hospital.

Mereka adalah dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugaskan membanteras komunis, dan kemudiannya ditugaskan untuk gerakan anti-keganasan dan menjalankan operasi khas.
Meskipun negara kelihatan berlembut dengan mereka dalam hal ini dan pemimpin negara mengambil mudah hukum-hukum Islam, namun ketahuilah apa yang dilakukan oleh negara dalam berhadapan situasi ini adalah selaras dengan syarat-syarat peperangan dalam Islam..
Antaranya ialah musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

Musuh diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika masih berdegil barulah serangan dimulakan.

Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.
Namun begitu persoalan asas masih belum terjawab... bagaimana mereka boleh bolos dengan begitu mudah?

Sedangkan menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Bagaimana mereka boleh melepasi  empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.?

Bagaimana mereka gagal dikesan oleh 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer?

Bagaimana mereka boleh lepas dari Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri?

Dan adakah benar TLDM gagal mengesan kehadiran mereka sedangkan pengkalan Kapal Selam negara berada di Teluk Perairan itu???  
Mengapa bukannya Angkatan Tentera Malaysia yang bertindak?
Dan bagi persoalan mengapa Polis bukannya Angkatan Tentera Malaysia yang bertindak pula, ini jawapannya...

Pasukan tentera hanya boleh mengusir pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu di Sabah ini jika mendapat arahan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Huseein atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa arahan tersebut tentera tidak boleh campur tangan dalam isu Kesultanan Sulu menurut Bekas Leftenan General Datuk Seri Zaini Mohd Said yang menerajui Ops Subuh untuk menyerbu Al-Ma’unah pada 2000..
Source: Anak Sungai derhaka,
Sabah Ubah Bah!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena