Friday 15 March 2013

Implikasi Caretaker Goverment: NAJIB CEMAS! Pengundi Melayu mula meninggalkan UMNO!!

Jumaat, 15 Mac 2013
Analisis Implikasi Caretaker Goverment - Rakyat Berkeyakinan Kerajaan Sangat Lemah!
MOHON TAJAAN / SUMBANGAN - SILA KLIK FOTO
Rakyat Marhaen
Najib sudah mengalah, sekarang dalam misi bunuh diri
Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle



Kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah 55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.
Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan jujur​​. Namun, kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula beralih untuk menyokong pembangkang.

Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih kukuh dan jujur​​. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada 1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.




Untuk memburukkan lagi keadaan UMNO dan BN, Najib kemudian pula campur tangan dalam penganugerahan projek Ampang LRT kepada George Kent. Bukan sahaja firma ini dikawal oleh kroninya, ia adalah pembida tertinggi malah hilang kelayakan secara teknikal. Namun ia telah memenangi bidaan dan Najib sendiri telah meluluskan penganugerahan itu!

Mengejutkan? Atau adakah Najib tidak lagi peduli - dia hanya mahu merebut seberapa banyak wang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang Jun 2013. Sudah tentu ini nampak seperti misi bunuh diri – dari segi politik - manakala UMNO ditakdirkan untuk musnah hasil penyelewangan Najib.

Seterusnya, Najib disajikan dengan pembelotan dari Sabah - salah seorang daripadanya adalah Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi UMNO! Sekali lagi Najib tidak mempunyai sesiapa untuk disalahkan tetapi dirinya sendiri. Dia sebenarnya boleh menghalang Lajim daripada meninggalkan UMNO dengan melakukan sesuatu untuk menenangkannya seawal tahun lalu, tetapi Najib tidak berbuat apa-apa pun.

Sama ada PM sememangnya malas, atau dia sudah berputus asa untuk berharap lama dahulu. Mungkin Najib telah menyedari bahawa kekalahan tidak dapat dielakkan lagi dan ini mungkin kenapa dia memutuskan untuk memperbaiki imej sendiri dan bukannya perkara-perkara di dalam UMNO, BN dan negara. Ini mungkin menjelaskan mengapa dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan Lajim Ukin dan timbalan pengerusi Upko, Wilfred Bumburing untuk meninggalkan BN.

Keangkuhan Najib juga merupakan satu lagi faktor yang menyumbang kepada kejatuhannya. Mahathir yang telah lama menyedari perkara ini telah memberi amaran secara terang-terangan kepadanya. Dalam temu bual Bloomberg yang disiarkan beberapa hari yang lalu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberitahu Najib bahawa jika lebih ramai yang keluar parti, BN akan kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang. Ini bukanlah peringatan yang menenangkan untuk diterima di khalayak ramai – ia seumpama dirotan guru besar di khalayak ramai!
maemah.blogspot
Najib terkubur!
Najib akan lenyap, dan yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia dan UMNO, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengambil alih kecuali Mahathir Mohamad.
Najib boleh dibenarkan untuk terus mengepalai UMNO tetapi akan dikawal oleh yang lain. Mahathir, si tukang karut utama, menarik tali dan Najib bergerak dari atas ke bawah, ke kiri dan kanan. Itulah sebabnya, berlaku dasar yang tidak selaras dan kekurangan polisi.

Sejak 3 tahun yang lalu selepas Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April 2009, Malaysia telah dikawal secara ‘auto-pilot’ dalam semua hal - pentadbiran, sosial dan ekonomi. Tetapi ia tidak boleh terbang dengan lebih jauh tanpa juruterbang sebenar menerajuinya dan boleh terhempas pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Tujuan utama adalah untuk memberi beberapa lagi pukulan kepada Najib dengan harapan agar Najib akan menyerahkan wasiat kepada tuan yang sebenar, walau apa jua keputusan PRU ke-13 nanti. Siapa lagi dalam UMNO yang boleh mengalahkan Najib jika bukan Mahathir?

Musuh yang paling berbahaya bagi Najib kini berada dalam UMNO, partinya sendiri, di mana dia adalah yang paling lemah. Semua bercita-cita untuk menggantikan dirinya. Ia jelas bahawa Najib hanya akan menyerahkan senarai calon ‘boleh menang’ yang amat berharga dan telah dijaga umpama nyawanya sendiri kepada Mahathir dan membiarkan Mahathir membuat keputusan muktamad. Pertama, Najib agak ragu-ragu untuk membuat sebarang kesimpulan dan kedua, dia boleh mengatakan 'TIDAK' kepada Dr M.

Tetapi dalam usahanya untuk membuat Najib menyerah kalah, Mahathir tidak dapat menahan diri dari memberi tamparan terakhir kepada UMNO Baru, parti yang ditubuhkan olehnya pada akhir 1980-an selepas mendaftarkan semula UMNO yang asal.

Mahathir juga tidak bijak seperti dulu. Dia sama ada sudah mengalah untuk membaiki kerosakan dalam UMNO atau dia lupa bahawa pembangkang sekarang sudah kuat - tidak lagi seperti di zaman pemerintahnnya dahulu.

Tetapi, kerana dia dikenali dengan mainan politik kejam dan kotor, Mahathir dalam usaha untuk mewujudkan satu laluan yang jelas untuk anaknya Mukhriz supaya menjadi perdana menteri di masa depan mungkin tidak mempunyai pilihan lain selain mengorbankan UMNO. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk ini. Dia telah melakukannya dahulu dan dia berpendapat bahawa UMNO masih boleh bertahan.

Walau bagaimanapun, harga yang harus dibayarnya adalah lebih tinggi daripada tahun 1980-an, di mana dia mampu untuk menggembleng penuh kuasa jentera kerajaan untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah yang naïf dan menjadi presiden UMNO.

Ya, kerana 'inflasi' ini, Mahathir perlu melihat lebih jauh daripada pergelutan UMNO Baru. Dia harus memikirkan secara serius untuk mempertimbangkan dan merancang kemungkinan UMNO menjadi pembangkang dan Najib Ketua Pembangkang dan dirinya, Ketua de facto Pembangkang, selepas PRU ke-13.
Malaysia Chronicle
BN AKAN KALAH DALAM PRU 13 – Tun Mahathir



SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.

Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. 

Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri. 

P/S : Ops..... Sebenarnya 5 negeri + 1....Perak dah dirampas balik dgn cara kotor...jangan lupa Wilayah Persekutuan pun PR punya juga...Nampak ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir....BN akan kalah....Jika diamati PRU thn 2008, Sabah dan Sarawaklah yang menjadi kesinambungan Umno/Bn untuk terus berkuasa....melihat kepada situasi PRU Sarawak dan situasi di Sabah ketika ini menwajarkan apa yang diperkatakan Tun Mahathir itu.......iaitu BN dalam keadaan lemah dan akan kalah pada PRU13.....lupa yer Tun anda juga akan diheret ke muka pengadilan sekiranya UMNO/BN 
Written By canang 


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena