Friday 15 March 2013

Naib Presiden PKR Tian Chua Terbunuh? & Penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala) meninggal dunia...

Jumaat, 15 Mac, 2013
Naib Presiden PKR Tian Chua terbunuh?
Keranda Naib Presiden PKR Tian Chua terbunuh
MELAKA 15 MAC: Ibu Pejabat KEADILAN Melaka digemparkan penemuan objek menyerupai keranda tertera gambar Tian Chua ‘berdarah’ dipercik cat merah dan kalungan bunga, dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Keranda yang diletak depan pejabat itu disedari Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Negeri, Mohd Yusof Abdullah kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Penerangan Negeri, Hairiz Nordin menyifatkan perbuatan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu biadap dan berniat jahat.

“Sebelum ini mereka ganggu ceramah Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Sekarang mereka buat keranda Tian Chua pula, kejadian ini sangat memalukan dan biadap,” katanya.
Ditanya tindakan lanjut, Hairiz berkata, KEADILAN Melaka akan mengadakan sidang media di pejabat berkenaan berhubung serangan itu.

Katanya, mereka akan membuka semula rakaman litar tertutup (CCTV) pejabat itu untuk mengenalpasti pihak terlibat.

“Mereka tak akan terlepas, kita lihat bagaimana polis nak tangani kes ini,” sinisnya.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Shamsul Iskandar Md Akin dilapor berkata, kejadian berkenaan yang berunsur ugutan bunuh adalah yang pertama diterima Pakatan Rakyat Melaka.

Tian Chua dijangka ke Melaka pada 19 Mac ini untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan perkara sebenar mengenai kenyataannya berhubung isu Lahad Datu yang dimanipulasi menyebabkan beliau didakwa di bawah Akta Hasutan semalam.
Kerajaan Rakyat
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala) meninggal dunia
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala) meninggal dunia
SUNGAI BULOH 15 MAC: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) yang terlibat dalam pendedahan kontroversi pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meninggal dunia hari ini.
Kematian itu disahkan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dalam twitter.
Beliau memaklumkan, Bala menghembuskan nafas terakhir dalam ambulan ketika dalam perjalanan dari Rawang ke Hospital Sungai Buloh.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Bala.
“Takziah kepada keluarga,” kata Anwar di twitter.
blog.limkitsiang
Bala yang sebelum ini mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya, dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.
Beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap di ceramah ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’ di Parit Sulong, Johor.
Rabu lalu, dilaporkan tiga arteri Bala tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti terlibat sementara dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya.
Bala sebelum ini berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda, rakan rapat kepada Perdana Menteri yang menerima komisen  pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM500 juta.
Pada Julai 2008, beliau mendedahkan akuan bersumpah (SD) mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya yang dikatakan menjadi orang tengah dalam transaksi berkenaan.
Dalam SD tersebut, Bala juga mendakwa Najib pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya, sebelum menarik balik dakwaannya dalam akuan bersumpah kedua.
Selepas itu, beliau menghilangkan diri ke luar negara dan pulang semula ke Malaysia pada 24 Februari lepas.
Kerajaan Rakyat.
Keluarga NAFI BALA Meninggal Dalam AMBULANS


Laporan yang mengatakan PI Bala meninggal dunia di dalam ambulans yang membawanya ke Hospital Sungai Boleh tidak tepat. Pihak keluarganya memberitahu bahawa Bala meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Rawang.

Sebelum itu mendiang dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Bala kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.
Kepulangan Bala
(Bala bersumpah dengan kitab suci Hindu di KLIA sebaik saja pulang)
Bala pulang dari persembunyian di luar negara awal bulan lepas selepas meninggalkan negara sejak 2008.

Beliau keluar negara sejurus selepas membuat akuan bersumpah kedua (SD2) berkaitan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Sebelum itu, beliau membuat akuan bersumpah yang mendakwa pemimpin negara terlibat dalam kematian wanita Monggolia itu.

Dalam SD2 pula, beliau menarik balik semua yang dinyatakan dalam SD1.

Semasa di luar negara beliau membuat pengakuan, beliau telah dipaksa membuat SD2 dan dipujuk serta diberikan wang oleh seorang yang bernama Deepak Jaikishan.

Deepak, rakan perniagaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku membantu Rosmah memujuk Bala agar membuat SD 2.

Beliau berbuat demikian setelah diminta Rosmah dan suaminya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Beliau bersama adik Perdana Menteri, Nazim Razak kemudian berjumpa Bala di The Curve, Sri Damansara.

Ekoran itu, Bala membuat SD2 dengan dibantu oleh dua peguam terkenal.

Sebaik saja pulang Bala bersumpah dengan kitab suci agama Hindu, Beghawan Geta, SD keduanya tidak benar dan SD pertama yang benar.

Deepak pula mengalu-alu kepulangan Bala dan berharap dapat bekerjasama antara mereka untuk mendedahkan segala rahsia di sebalik kematian Altantuya Shariibuu.

Deepak memohon PAS dan Pakatan Rakyat untuk membolehkan beliau mendapat perlindungan sebagai saksi untuk membuat segala pendedahan.

Sebaik saja pulang, Bala berjanji akan membuat roadshow di seluruh negara bagi menceritakan apa yang berlaku.

Namun, beliau hanya sempat berbuat demikian di Dewan Himpunan China Selangor dan di Bachok, Kelantan sahaja kerana mengadu tidak sihat.

Ada yang mendakwa beliau dikenakan ubat guna-guna oleh pihak-pihak tertentu namun tidak dapat disahkan.

Bala telah seminggu dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan sepatutnya akan menjalani pembedahan pintasan jantung dalam masa tiga minggu lagi.

Namun hayat beliau telah sampai dan meninggal di rumahnya selepas keluar dari hospital untuk berehat.

Rumah Bala terletak di Taman Pelangi Indah, Rawang.
Harakahdaily/Kerengga
at 3/15/2013 06:01:00 PTG  
Takziah Kepada Keluarga Bala

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena