Tuesday 5 March 2013

'Harley Davidson' PAS & Transfomers PAS FOR ALL : PDRM Melaka Beri Kerjasama Kawal Transfomers...

Selasa, 5 Mac 2013
HARLEY DAVIDSON PAS
PAS FOR ALL

Polis beri kerjasama kawal treler jelajah PAS
MELAKA: Pihak polis memberi kerjasama penuh dalam mengawal keselamatan khususnya di sekitar tempat Treler Jelajah Negara Berkebajikan berhenti di Dataran Pahlawan, Melaka hari ini.
Terdapat sekurang-kurangnya 15 anggota polis lengkap beruniform dan berpakaian biasa ditempatkan mengawal di sekitar dataran.
Hari ini masuk hari kedua treler Jelajah Negara Berkebajikan berada di Melaka.
Treler yang memulakan perjalanan jam 9 pagi tadi memilih Melaka Sentral sebagai destinasi pertama pagi ini sebelumke Dataran pahlawan.

Ketibaan mereka disambut pimpinan PAS di peringkat kawasan termasuk anggota unit amal yang turut mengawal keadaan.
Seperti biasa, setiap kali treler ini berhenti, keunikannya khususnya ketika ia terbuka sepenuhnya menjadi sebuah pentas, menarik minat pengunjung dan orang ramai.
Mereka tidak melepaskan peluang naik ke pentas dan bergambar dengan trak yang turut dihiasi dengan gambar pimpinan utama PAS itu.
Beberapa pemimpin termasuk dari Pemuda PAS Melaka juga turut memberi ucapan ringkas diatas pentas treler tersebut.
Konvoi jelajah itu kini sedang meneruskan perjalanan ke Merlimau dan Jasin sebelum ke Bukit Katil bagi ceramah perdana yang menampilkan pimpinan PAS, PKR dan DAP pada jam 9.30 malam ini.
Konvoi Jelajah Negara Berkebajikan akan menamatkan program di Melaka pada malam ini sebelum bertolak ke Muar bagi destinasi seterusnya di Johor.
Harakahdaily.net

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena