Isnin, 4 Mac, 2013
Inilah Manusia Celaka Yang mengadaikan Maruah Bangsa dan kedaulatan Negara Hanya Untuk Memenangkan UMNO Dalam Pilihan Raya....
Inilah Manusia Celaka Yang mengadaikan Maruah Bangsa dan kedaulatan Negara Hanya Untuk Memenangkan UMNO Dalam Pilihan Raya....
Di bawah projek IC inilah keraky...atan diberikan kepada warga Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, malah status bangsa sebagai ‘Melayu’ dan agama sebagai ‘Islam’ dikurniakan atas arahan pemimpin yang terlibat sekitar tahun 1990 sehingga 1994 iaitu Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.
Source:Cananglanie
Source:Cananglanie
Kesannya Amat Dahsyat!!!!
Setelah 20 tahun
*Kini Bencananya telah menimpa masyarakat marhaen...
Isnin, 4 Mac, 2013
TERKINI LAHAD DATU : 30 penduduk Tanjung Batu di tawan pemberontak
TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.
Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.
"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.
Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.
Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.
Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.
"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,
Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.
"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. - SABAHKIN
Ahad, 3 Mac, 2013
AL-FATIHAH
Sabtu, 2 Mac, 2013
Senarai Anggota Yang Terkorban Dalam Perang Di Lahad Datu
Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :
Al-fatihah
1. Inspektor 17992 Zulkifli b. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin b. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)
Kita doakan kedua-dua pejuang kita selamat dan sejahtera.
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.
TERSEBAR GAMBAR FB!!! Najib dan Esmail Kiram 11, maka terbongkarlah segalanya dan sahlah Anwar difitnah
MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.
"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.
Source: PasPB
Ini Lagi Kerja Celaka!....
Rakyat sibuk pasal penceroboh di Lahad Datu, SPR sibuk dok menipu
Dalam rakyat sibuk isu pencerobohan askar Sultan Sulu di Lahad Datu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula tidak habis-habis dengan agenda menipu daftar pemilih.
Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk.
Ini sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihan raya akan datang.
Semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.
Source: Kerajaan Rakyat.
Ubah Sekarang!
N23 DUN MANJOI
0 comments:
Post a Comment