Sunday 3 March 2013

SPR Sabah: Tak Timbul Soal Tangguh PRU13....


SPR Sabah: Tak timbul Soal Tangguh P'raya

[MK] Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah, Datuk Idrus Ismail berkata suruhanjaya itu akan membuat keputusan berhubung penangguhan pilihan raya “apabila tiba masanya” jika darurat terpaksa diisytiharkan di negeri itu.

“Kita akan putuskan apabila tiba masanya. Marilah kita (bersikap) positif dan berdoa agar (kejadian pertempuran melibatkan penceroboh asing) akan tamat secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pilihan raya boleh ditangguhkan sekiranya darurat diisytiharkan selepas parlimen dibubarkan.

Idrus diminta menjelaskan perkara itu susulan serangan demi serangan oleh penceroboh bersenjata di kawasan pantai timur Sabah.

Katanya, pilihan raya tersebut tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan.

“Tidak timbul sebarang penangguhan kalau perdana menteri sudah bubar parlimen. Ikut undang-undang, pilihan raya umum mesti diadakan dalam 60 hari,” katanya.

Beliau juga menyerahkan isu berkenaan untuk diputuskan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau perlu mengkaji peruntukan undang-undang sebelum dapat memberi kenyataan berhubung soal berkenaan.

"Biar saya kaji dulu dengan teliti semua undang-undang yang berkaitan sebelum menjawab soalan-soalan," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya demikian hari ini susulan serang hendap oleh satu pasukan bersenjata ke atas sepasukan anggota polis kita di Semporna, Sabah dalam kejadian pada malam tadi....


P/s: TM bukanlah peminat tegar Anwar Ibrahim. Namun, usaha mengaitkan tokoh PR ini dengan pelbagai macam kejahatan dan perkara negatif amat melucukan. Beliaulah ejen Cina, ejen India, ejen Yahudi, ejen AS, ejen IMF, ejen LGBT, ejen maksiat, pengkhianat negara, dalang di balik kejadian amuk di Putrajaya, dan sekarang dikaitkan pula dengan pencerobohan lanun Sulu.

Isu fundamentalnya ialah sempadan negara longgar hingga mengancam rakyat di Sabah. Rakyat asing bebas keluar masuk walaupun negara ini dikatakan memiliki kelengkapan tentera yang hebat. Kita ada radar, kapal selam, kapal peronda dan segala macam kelengkapan yang didakwa hebat. Tanggapan itu jika pencerobohan ini tiada agenda tersembunyi. Bagaimana jika isu pencerobohan ini ada agenda tersembunyi?

Selain isu keselamatan yang longgar, isu kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan lagi rahsia. Malah ada yang mendakwa pendatang asing di sana sudah mencecah satu juta orang. Sebahagiannya pula diberi kad pengenalan untuk mengundi parti pemerintah. Hal ini didedahkan di sini.

Rakyat bukan bodoh dan mudah diperkotak-katikkan dengan lontaran tuduhan yang sukar diterima akal. Cuba baca komen pembaca sinar di sini.

Logiknya, PM sepatutnya menyiasat bagaimana penceroboh itu masuk secara beramai-ramai ke Sabah dengan mudah, apakah sistem risikan dan keselamatan kita gagal,  mengapa kawasan penceroboh dikepung tetapi tiada tindakan diambil untuk menangkap atau menghapuskan mereka, mengapa membiarkan penceroboh berada di Sabah sejak 9 Februari, mengapa tindakan dan strategi keselamatan kita amat lemah sehingga  mengorbankan anggota polis, mengapakah pasukan polis boleh terpedaya dengan taktik perang gerila lanun Sulu...dll!

Jika benar pencerobohan lanun Sulu ini tiada kaitan dengan konspirasi dan seumpamanya, wajarkah seorang PM menggunakan isu ini sebagai modal untuk menagih undi dalam pilihan raya akan datang. Bukan Anwar yang dipertanggungjawabkan sebagai PM tatkala negara diserang lanun Sulu, bukan Anwar yang memegang tanggungjawab mengarahkan pasukan keselamatan mengawal dan menjaga sempadan negara, bukan Anwar yang merencanakan projek IC yang kini mengancam kesejahteraan orang Sabah.

Sabah sedang bergolak, di mana PM kita sekarang? Berkempen? Sibuk dengan BR1M? Sibuk memanipulasi kenyataan Tian Chua?
Source: DCM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena