Sunday, 3 March 2013

Jam 8.30 malam Sebentar Tadi - Seorang Lagi Komando PDRM Terbunuh..

Ahad, 3 MAC 2013

TERKINI ! SEORANG LAGI KOMANDO PDRM TERBUNUH DI SEMPORNA

Senarai 6 Anggota Polis yang Terkorban di Kampung Sri Jaya Simunul, Sumber Tidak Rasmi
1) Supt. Ibrahim Lebar (PDRM)
2) Asp. Micheal Padel (PDRM)
3) Sjn Baharin Hamit (PDRM)
4) Sjn Aziz (PGA)
5) L/Kpl Azrol (PGA)
6) Kpl Salam (PDRM)

Al-fatihah-DCM


Terkini Seorang Lagi komando PDRM terbunuh..8.30 malam
Dalam Sidang Media Baru sebentar Tadi di TV3, Ketua Polis Negara Memaklumkan bahawa seorang lagi Anggota Komando Terbunuh. Jadi jumlah kematian anggota keselamatan seramai 6 orang di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna.  Pihak Militan yang ditembak mati dimaklumkan berjumlah 6 orang.

Jumlah itu diketahui selepas operasi di kampung atas air itu selesai petang tadi.
Polis masih cuba bawa keluar anggota yang gugur ,Pasukan keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna.

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul.

Katanya, polis menjalankan usaha untuk membawa keluar mayat berkenaan daripada perkampungan yang terdiri daripada rangkaian rumah di atas air itu.

Bercakap dalam sidang media di Lahad Datu hari ini, beliau berkata operasi tersebut berbahaya jika dilakukan pada waktu malam.

Hamzah ketika diminta menjelaskan berkata, sebahagian daripada mayat berkenaan telah dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Ditanya sekiranya penduduk kampung itu juga terkorban, Hamzah berkata beliau tidak dapat memastikan perkara itu.Tambahnya, polis juga hanya akan dapat memastikan keadaan mayat anggota berkenaan selepas bedah siasat.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini berkata lima anggota polis terbunuh akibat serang hendap selepas memasuki kampung berkenaan susulan dakwaan terdapat individu membawa senjata di kampung tersebut.

Hamzah berkata polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata tersebut baru tiba atau sudah lama menetap di situ.

Selamatkan Malaysia!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena