Wednesday 20 November 2013

Cukai Taksiran DBKL Naik 100% - 5000% PR lancar petisyen bantah...

Khamis, 21 oember 2013
Makluman : Himpunan Bantahan Secara Aman Kenaikan Cukai Tafsiran
Tarikh : 23 Nov 2013
Lokasi : Padang Bolasepak Awam, Jln Jujur, Bandar Tun Razak
Masa ; 12 Tengah Hari.
Kiriman : Ayed Aggro
Fb Buletin Pakatan Rakyat

PR lancar petisyen bantah kenaikan cukai pintu
Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat telah telah melancarkan satu petisyen menentang cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meningkatkan cukai taksiran pintu untuk pemilik rumah di Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata petisyen ini dilancarkan kerana cukai taksiran pintu yang dicadangkan sehingga 300 peratus adalah tidak munasabah.

“Alasan bahawa cukai itu dinaikkan kerana sudah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan tidak boleh diterima. Sekiranya cukai itu hendak dinaikkan, ia haruslah dilakukan secara berperingkat.

“DBKL perlu memberi penjelasan yang wajar tentang kenaikan tersebut. Kalau diteliti, perkhidmatan pembetungan kini dikendalikan oleh Indah Water Konsortium dan bukan DBKL. Ini bermakna bahawa perkhidmatan DBKL  semakin hari semakin kurang,” katanya semasa satu sidang media di Parlimen hari ini.

Nurul Izzah berkata kenaikan itu bercanggah dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan rumah mampu milik melalui PR1MA.

"Ia juga akan menjadi beban kepada orang-orang yang menyewa hartanah di Kuala Lumpur. Tuan tanah terpaksa meninggikan kadar sewa rumah mereka,” katanya.

Nurul Izzah berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberitahunya bahawa penduduk Kuala Lumpur yang ingin membantah peningkatan cukai itu, harus berbuat demikian sebelum 17 Disember.

“Kami akan mengedarkan petisyen ini kepada penduduk di Kuala Lumpur dan ia juga boleh dimuat turun dari laman Facebook saya.

“Sila isikan borang tersebut dan hantarkan kepada Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL sebelum 17 Disember,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Adnan berkata peningkatan tersebut akan membolehkan DBKL menawarkan khidmat terbaik memandangkan sudah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan.

Nilai hartanah di Kuala Lumpur yang disifatkan sudah jauh meningkat juga dikatakan faktor peningkatan kadar cukai taksiran pintu di kawasan ibu negara itu.

Berita mula diterbitkan pada: November 18, 2013 16:30 (MYT)

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pr-lancar-petisyen-bantah-kenaikan-cukai-pintu-25635?cp

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena