Saturday 23 November 2013

Muktamar PAS: MELAYU 'SEKULAR' Pemandangan yang sangat menyakitkan hati!

Ahad, 24 November 2013

Air Mata Bercucuran di PWTC 




Posted by 

'Rahmat Untuk Semua'

Hari ini mereka berminat dgn pas...
esok lusa...

Hari ini mereka berminat dgn pas,

esok lusa tak mustahil mereka berminat dgn Islam..

betul tak adik manis hehehe,
GAMBAR YANG MENYEBABKAN KAUM MELAYU SEKULAR SAKIT HATI.. SAKSIKAN INILAH BENTUK SEBUAH PERSAHABATAN ANTARA DUA PARTI....DAN BAGI KAUM MELAYU SEKULAR PEMANDANGAN SEPERTI INI SANGAT MENYAKITKAN HATI... MAKA BENARLAH RACUN YANG DIJUAL SELAMA INI BAHAWA "PAS DIPERKUDAKAN OLEH DAP", "DAP CAUVANIS", "DAP ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM"



Membalas Tuduhan Terhadap TGNA dan PAS : Sedarilah Siapa sebenarnya sesat dan terbatal syahadah bukti di sini

'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam' dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Nah.. gua tambah sikit lagi untuk ajar mangkok-mangkok yang menghina Islam supaya bertaubat

a) Murtad: adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.

Firman Allah (maksud ayat):" Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, kemudian dia mati dalam kekafiran..." Surah alBaqarah: 217.

Murtad adalah tindakan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam sama seperti seseorang yg mengkhianati negara dan penduduknya dengan berpaling tadah kepada musuh negara itu.
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fi Fiqh al Awlawiyat: Dirasat jadidah fi Dhau'i al Qur'an wa al sunnah (Keutamaan Feqah: Satu kajian baru dari Perspektif alQur'an dan as Sunnah), Dhoha, Qatar, 1994.


b) Kufur : ia adalah lawan iman bermaksud ingkar.Jika iman bermaksud membenarkan, kufur pula ialah menafikan atau mengingkari atau dengan lebih tepat seseorang yang mengingkari atau menafikan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw. Kufur yang paling tinggi ialah kufur terhadap Allah sebagai Rabb, Pencipta dan Pengurus alam buana ini sebagaimana kafirnya kaum Atheis. Seterusnya ialah kufur syirik, kufur ahlil Kitab, kufur murtad dan kufur munafiq.

Firman Allah,"barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
maksud ayat Surah an Nisaa': 136
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fiqh Awlawiyat)

c) Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman. Misalnya ia mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina; enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44); berikrar dengan kalimah kufur; ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam); mendustakan kenyataan alQur'an yang jelas (misalnya ingkar dengan kisah Nabi Yusof sebagai dongeng); membuat tafsiran palsu terhadap alQur'an dan sunnah, dll lagi

(sila rujuk: Syaikh Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat fi Risalah at Ta'alim; Dr Abd Rahman
Khalid, al Hadd al Faasil baina al Kufr wal Iman (Garis Pemisah antara Kufur dan Iman) - al ahkam

Gunakan akal fikiran kurniaan Allah dengan bukti nyata (perbuatan dan tutur kata manusia tertentu) dan landaskan kepada panduan mengenali manusia sesat seperti di atas. Panduan di atas ditulis berlandaskan Al Quran bukan ciptaan gelorahatimuda, Dr Qardawi, atau TGNA.

Jika mereka sah dan nyata tergolong dalam golongan yang sesat berdasarkan Al quran seperti di atas, maka apa pula penyokongnya? Tidakkah mereka juga sesat kerana menyokong orang-orang yang sesat?

fikirkanlah dengan hati yang terbuka. dan jika ada pihak yang terasa 
dan mengakui kebenarannya maka bertaubatlah.

tapi 
tak nak taubat kaluuuu, itu lu punya pasal 
"Bala Returns" Posted GeloraHatiMuda

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena