Saturday, 16 November 2013

MCA selar DAP gagal halang Hudud di Kelantan...

Sabtu, 16 November 2013
Penganalisis politik Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof, berkata cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan masih memerlukan kelulusan Putrajaya
ms.wikipedia.org

MCA membidas lawannya DAP kerana gagal menghalang rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada melaksanakan hukum Hudud, susulan pengumuman hasrat kerajaan PAS negeri Kelantan meneruskan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok (gambar), berkata sebarang kenyataan DAP yang lantang mengkritik pelaksanaan hukum Hudud tidak relevan lagi.

"Kenyataan ketua Mahkamah Syarie Kelantan yang sedia melaksanakan Hudud jika kerajaan negeri sedia menguatkuasakannya membuktikan sebarang kenyataan oleh pemimpin DAP mengenai Hudud  tidak relevan lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loh turut membidas PR kerana gagal mencapai kesepakatan dalam isu melibatkan hukum Hudud, dan kritikan selama ini hanya bertujuan melindungi wajah sebenar PAS yang tetap mahu melaksanakan undang-undang Islam tersebut.

"Pemimpin Pakatan sengaja cuba melindungi tindakan PAS.

"Mereka sering berkata hukum Hudud yang dibawa PAS tidak akan dilaksanakan tanpa konsensus. Namun, tiada sebarang tindakan di kalangan pemimpin Pakatan diambil untuk mengkritik PAS," katanya.

Loh berkata, tidak akan ada jalan untuk berpatah balik sekiranya pelaksanaan hukum Hudud tetap diteruskan.

"Ia jelas menunjukkan kerajaan negeri sedia ada meluluskan pelaksanaan hukum Hudud PAS.

"Jika dikuatkuasakan, tiada jalan berpatah balik. Apa janji sekali pun oleh pembangkang, ia pasti sudah terlambat," katanya.

Rabu lalu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud kerana prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Selepas pengumuman tersebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyahutnya dengan baik dan berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang diperintah PAS sejak lebih  20 tahun.

Cadangan tersebut turut mendapat sokongan pemimpin Umno yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti itu,Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan langkah tersebut kena dan sesuai pada masanya.

Bagaimanapun, penganalisis politik Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof, berkata cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan masih memerlukan kelulusan Putrajaya sekiranya pemerintah negeri tersebut PAS berhasrat untuk meneruskannya.

Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut bermula sejak tahun 1993 selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) mendapat persetujuan lebih satu pertiga ahli dewan rakyat ketika itu tetapi tidak diteruskan atas alasan kerajaan pusat ketika itu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghalang pelaksanaannya.

Pengumuman pelaksanaan hukum Hudud tersebut dijangka mengundang rasa kurang senang terutama di kalangan masyarakat bukan Islam dalam negara.

Selain itu, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA serta rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP sebelum ini menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. - 16 November 2013.TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena