Wednesday 20 November 2013

Dewan Muslimat menyokong pendirian “tahaluf siyasi” (sokong kerjasama politik Pakatan Rakyat)...

Khamis, 21 November 2013
Photo

Delegasi wanita PAS menghadiri pelancaran muktamar Muslimat PAS di Shah Alam malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.
Delegasi wanita PAS menghadiri pelancaran muktamar Muslimat PAS di Shah Alam malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.

Wanita PAS tetap sokong kerjasama politik Pakatan Rakyat
Kerusi PAS perlu dikekalkan jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.
Kerusi PAS perlu dikekalkan jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.


Sayap Wanita PAS atau Dewan Muslimat menyokong pendirian “tahaluf siyasi” iaitu kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR) kerana ia melonjakkan pencapaian parti Islam itu kepada tahap terbaik sejak menyertai pakatan bersama PKR dan DAP.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Zailah Mohd Yusof, berkata kerjasama politik dalam PR menyaksikan kejayaan PAS untuk keluar daripada kepompong kawasan pantai timur dan parti Islam itu berjaya melebarkan dakwah kepada masyarakat bukan Islam.

"PAS melalui kerjasama politik dalam PR mempunyai ruang dakwah begitu luas bukan sahaja terhad kepada Melayu tetapi memberi kefahaman berhubung Islam kepada yang bukan Melayu," katanya ketika menyampaikan ucaptama Perasmian Muktamar Dewan Mulismat PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam malam tadi.

Zailah berkata, ulama, profesional dan aktivis merupakan tonggak yang membangunkan PAS sehingga tahap hari ini dan ia perlu dijaga sebaiknya untuk terus memacu kejayaan parti itu.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada  Muslimat di seluruh negara kerana berjaya menunjukkan kematangan dalam menghadapi fitnah musuh yang berusaha memporak-perandakan keutuhan organisasi dan kemantapan ukhuwah jemaah dalam siri serangan profesional vs ulama," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang merasmikan Muktamar Dewan Muslimat itu meminta PR mengekalkan kerusi PAS sekiranya berjaya memerintah Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Husam berjata, timbul suara-suara yang kononnya mendakwa kejatuhan Umno akan menyebabkan sebahagian besar wakil rakyat parti itu akan menyertai PR dan ini akan menyebabkan kedudukan parti Islam itu semakin lemah dalam PR.
"Inilah antara kebimbangan yang ditiupkan kepada ahli PAS dan kerana itu kita boleh meteraikan perjanjian dengan rakan lain dalam PR.

“Setiap kerusi PAS dalam pilihan raya lalu akan kekal ditandingi PAS pada masa akan datang sekalipun PR mentadbir negara," katanya.

Mengulas mengenai keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13) Husam berkata, jika tidak kerana helah Umno mengalihkan pengundi tegar mereka di kerusi Wilayah Persekutuan, PAS pasti berjaya meraih kemenangan.
"Dalam kes Umno di Wilayah Persekutuan mereka alihkan pengundi 'hardcore' Umno di kerusi seperti Bukit Bintang, Bandar Tun Razak dan Batu ke Parlimen Putrajaya.

"Kalau tidak bendera PAS telah terpacak di kawasan pentadbiran negara," katanya.

Pada PRU13 lalu, Husam yang bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya tewas kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .

Pada masa sama Husam turut mengakui PAS sehingga kini masih belum menemui formula berkesan menumpaskan pengaruh Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak.
"Kita memerlukan lebih ramai tokoh Sabah sekurang-kurangnya di peringkat jawatankuasa PAS Pusat dan dewan pada masa akan datang.

"Terpulang kepada saf kepimpinan akan datang untuk mencari ramuan kekuatan bagi Sabah dan Sarawak," katanya. – 21 November, 2013.
TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena