Saturday 16 November 2013

Pas Perlukan Mat Sabu.. Bukan Hassan Ali?

Ahad, 17 November 2013
Pas Perlukan Mat Sabu..
www.freemalaysiatoday.com

Menjelang Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November 2013 ini, seluruh ahli PAS harus sedar; PAS dan rakyat Malaysia amat memerlukan pemimpin bersemangat waja dan telah terbukti kegigihan serta keikhlasannya dalam arena politik negara, PAS khususnya.

PAS perlukan orang ini..
Mohamad Sabu atau Mat Sabu atau Abang Mat telah berjaya membantu memartabatkan perjuangan PAS sejak lebih 30 tahun penglibatan beliau dalam parti Islam itu.

Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November ini akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian.
Posted by Jeebond BLM at 6:00 am

TMI


Hassan Ali Ingin Kembali Kepada PAS !

Hasan sedia sertai Pas semula
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sedia mempertimbangkan untuk kembali menyertai Pas jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara.

Menurutnya, keputusan beliau juga bergantung kepada kehendak ahli dan penyokong Pas terutamanya pimpinan tertinggi jika mahukannya kembali kepada parti itu.

“Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan Pas di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketika mengulas mengenai Muktamar Pas ke-59 yang menyaksikan pertembungan golongan ulama dan pemimpin erdogan dalam perebutan jawatan timbalan presiden beliau menegaskan, Pas perlu dipimpin golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan ‘Anwarinas’ yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal.

Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.

“Seterusnya ialah tentang PR itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan Pas dalam PR.

“Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya Pas meninggalkan PR,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad ketika diminta mengulas kesediaan Hasan itu, beliau berkata, tiada masalah untuk Pas menerimanya  semula sekiranya beliau benar-benar memahami perjuangan parti itu yang meletakkan Islam yang teratas.

“Jika dia (Hasan) kata akan pertimbangkan kembali kepada Pas jika kita perjuangkan Islam, Melayu, institusi diraja dan Perlembagaan bagi saya itu alasan yang tiada kekuatan.

“Apa yang penting, jangan letakkan Melayu, raja, dan agama setaraf kerana Islam lebih penting dari segalanya-galanya kerana kedudukan Melayu dan raja itu perlu dibela dari sudut dan kehendak Islam.

“Kalau Hasan boleh memahami ini dan meletakkan keadilan Islam sebagai yang terpenting maka kita tiada masalah tetapi jika ia diperjuangkan dalam konteks yang tidak selari dengan tuntutan Islam, itu sebabnya dia menghadapi masalah dengan Pas,” katanya.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula berkata, pendirian Hasan itu sebenarnya membawa banyak mesej antaranya mahukan Pas kembali ke jalan yang benar jika keluar berpisah daripada DAP.

Dakwanya, Pas dilihat kurang memperjuangkan Islam contohnya seperti isu kalimah ALLAH, azan dan hukum hudud.

“Pada pendapat saya, selagi Pas ada dalam kelompok DAP, parti itu sukar untuk melaksanakan perjuangannya yang dikatakan berlandaskan Islam itu,” katanya. IdaMan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena