Wednesday, 27 November 2013

BERHUTANG SEBANYAK 1 SEN ? TNB potong bekalan elektrik...& Isteri Bayar Syiling 1 Sen Bercampur Kacang & Beras...

Khamis, 28 Noember 2013

TNB POTONG BEKALAN ELEKTRIK KERANA PENGGUNA BERHUTANG SEBANYAK 1 SEN ?

Seorang pengguna di Kuantan,  Pahang, telah menerima notis arahan pemotongan bekalan elektrik dari Tenaga Nasinal Berhad (TNB) kerana berhutang dengan TNB sebanyak 1 sen sahaja.

Hanya berhutang sebanyak 1 sen ...  TNB sanggup potong bekalan ..

Miskin sangat kah TNB sekarang sampai pengguna berhutang sebanyak 1 sen pun di kejar sampai lubang cacing???

Tiap tahun bukan main lagi cerita untung ratusan juta ringgit .. pengguna tertunggak 1 sen pun beri notis nak potong bekalan.

Langsung tiada sifat ehsan sedikit pun.


Macai hutang berjuta dengan TNB tak pe..???





Isteri Bayar Kos Perceraian Dalam Bentuk Syiling 1 Sen Bercampur Kacang & Beras =D

Bagi sesetengah orang, alam perkahwinan mungkin tidak seindah yang mereka harapkan dan ia sering berakhir dengan perceraian..Kadang-kala, keputusan pihak mahkamah juga tidak mampu menyelesaikan permasalahan peribadi pasangan yang bercerai ini terutamanya apabila ia membabitkan bayaran kos perceraian kepada pasangan..Nak tahu apa yang berlaku, meh usha kat bawah ni.. 

Apabila berhadapan dengan keputusan mahkamah untuk membayar kepada bekas suaminya sebanyak US$50.12 sebagai sebahagian daripada kos perceraian, wanita yang terkilan ini telah telah menghantar wang berkenaan dalam bentuk syiling 1 sen di dalam bekas plastik Tupperware bersama dengan beras dan kacang.

Bagi menambahkan lagi penghinaan kepada bekas suaminya itu, dia turut menulis sepucuk surat yang mengandungi nota selamat tinggal yang sangat berbisa. Di bawah merupakan kandungan tulisan yang ditulis wanita itu:

‘Andy, Here's forty seven dollars and twelve cents in pennies,’ the missive read. ‘The other three dollars paid for the containers that I used. Receipt is included if you want to return them... 
‘Oh! one last thing, I added beans and rice to remind you that you married a beaner : ) I hope you have a fab life! B/C I know mines 20x better without you in it!’

Gambar yang menunjukkan duit syiling yang diletakkan di dalam tiga bekas plastik berlainan telah dihantar oleh si suami pada hari Selasa lalu yang hanya hanya mahu dikenali sebagai Andy dari Omaha, Nebraska.

Bekas suami menjelaskan bahawa 'beaner' yang ditujukan merujuk kepada satu penghinaan perkauman yang digunakan untuk menggambarkan orang dari bangsa Mexico. Ia juga menunjukkan kecenderungan bekas isterinya untuk menganggap dirinya sebagai satu persembahan 'kebanggaan.'

Kisah ini telah menimbulkan minat di kalangan pengguna laman web, dengan banyak komentar yang menyebelahi Andy dan mengutuk aksi bekas isterinya itu.

Sekurang-kurangnya seorang peguam juga telah menawarkan diri untuk pergi ke rumah wanita berkenaan bagi menuntut semula US$3 yang diganti dalam bentuk Tupperware, bahawa wanita itu tidak mempunyai hak untuk membayar kepada bekas suaminya dalam bentuk Tupperware. 

Punca perceraian pasangan tersebut berlaku apabila si suami mendapati bekas isterinya bermain kayu tiga dengan lelaki lain dan pernah mengandung anak kepada lelaki tersebut sebelum mendakwa kandungannya hilang.

Si suami juga pernah memeriksa akaun Facebook bekas isterinya dan mendapati mereka telah menjalinkan hubungan sulit dalam satu tempoh yang agak lama. Selain itu, si suami juga berjaya memecahkan tembelang si isteri apabila si isteri telah merancang untuk tidur bersama lelaki berkenaan 2 minggu lebih awal.

Hubungan mereka menjadi semakin rengang dan mula mengambil keputusan untuk bercerai apabila si isteri mula bersikap ganas sehingga membaling beberapa buah objek ke arahnya dan terlepas beberapa inci dari mengenainya serta memecahkan barangan lain di rumah.

Walaubagaimana pun, Andy turut menyatakan bahawa bukan isterinya sahaja yang perlu dipersalahkan dalam krisis rumah tangganya bahkan ia turut berlaku ada kesilapannya sendiri yang kerap bermain permainan video seharian.

Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena