JOM TENGOK WAJAH AHLI-AHLI PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR YANG HADIR MESYUARAT AGUNG KHAS PERKASA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2013!!! http:// Kita Bantai Dot Info Bekas Pengerusi SPR Sertai Perkasa
Setelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan harapan penyertaannya dapat membantu kaum majoriti itu untuk terus berkuasa.
Beliau tampil dalam Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan semalam selepas menyertai pertubuhan itu enam bulan lalu. Sebab menyertai Perkasa: Abdul Rashid mahu memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang. Walaupun Perkasa dilihat berpihak kepada Umno, namun nama parti itu tidak pernah disebutkan dalam ucapan mahu pun sidang media. “Dengan pengalaman dan pengetahuan saya bersama SPR, saya akan membantu Perkasa mencapai matlamat tersebut,” katanya yang ditemui semasa mesyuarat di Kuala Lumpur semalam. Abdul Rashid, 69, berkata beliau telah berulang kali dijemput menyertai pertubuhan itu oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali. “Ketika saya memutuskan untuk turut serta, saya memberitahu Ibrahim tidak mengapa sekiranya saya menjadi ahli biasa namun beliau meminta saya untuk menjadi ahli majlis kerana menurutnya lebih mudah bagi saya melontarkan pandangan bagi menambah baik organisasi,” kata Abdul Rashid. Pastikan Melayu kekal berkuasa Semalam, Abdul Rashid dalam ucapannya mencadangkan sepintas lalu beberapa perkara yang harus dilakukan pertubuhan Bumiputera itu. “Banyak perkara yang harus kita lakukan. Bukan sekadar bercakap tetapi harus bertindak. Pertama sekali kita harus hormat pemimpin kita (Ibrahim Ali),” katanya berucap di hadapan 300 ahli Perkasa. Beliau turut mengingatkan bahawa Perkasa perlu lebih fokus. Abdul Rashid berkata Perkasa kini bertindak seperti anggota bomba yang bergegas memadamkan kebakaran, Perkasa hanya bercakap dan bertindak jika terdapat isu berkait dengan hak orang Melayu. “Kita tidak boleh berkejar ke sana sini. Kita perlu fokus dan terus berjuang sehingga sesuatu yang dikerjakan berhasil,” katanya. Beliau berkata Perkasa bukanlah tempat mendapatkan wang atau pun kuasa dan ahlinya tidak perlu mempersoalkan hal itu. “Saya tidak ke sini mencari kuasa dan wang. Menyertai Perkasa bermakna saya perlu sedia berjuang,” katanya. Bekas pengerusi SPR itu berkata, orang Melayu perlu kekal mendapat kuasa politik kerana negara ini kepunyaan mereka. “Tanah ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu. Semasa mendapatkan kemerdekaan ia telah ditukar kepada Malaya dan selepas beberapa negeri menyertainya, ia ditukar kepada Malaysia Barat. Beliau berkata selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu. Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu. “Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?” tanya Abdul Rashid. |
Monday, 25 November 2013
Mesyuarat Agung Khas PERKASA Wilayah Persekutuan 2013 - Tengok Siapa yang Hadir?
Isnin, 25 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 7 Januari 2014 GILER!!! Pensyarah IPTA Tikam Dan Kelar Isteri Sebelum Bunuh Diri!! KLANG - Konflik rumah tangga seorang pensyar...
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Sabtu, 14 Januari 2017 Royal Malaysian Navy @ tldm_rasmi Diplomacy Visit from The CNS Chang Cheng and CNS Chang Xing Dao of...
-
Khamis, 18 April 2019 Kerajaan Yang Menyelamat dan Membaiki Kerosakkan Dipanggil bodoh .Kalau begitu Kerajaan Yang Menjual Tanah Rakyat ...
-
Isnin, 21 Disember 2015 Apabila TIMB PRESIDEN nak pertahankan PRESIDEN, maka habis semua nak ditemberangnya..!!! TUAN IBRAHIM HENTI...
-
Sabtu, 14 Mei 2016 HARAPAN dicadang tanding satu kerusi saja Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak hari ini mencadangkan supaya gabungan pe...
-
Khamis, 6 Jun 2013 Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dik...
-
Sabtu, 16 Julai 2016 Tentera Rampas Kuasa Di Turki ANKARA: Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa pada Jumaat, dengan tentera ...
-
Jumaat, 13 November 2015 Suara Rakyat added 8 new photos . 5 hrs · Timbalan Menteri, Dr Asyraf Wajdi pert...
0 comments:
Post a Comment