Saturday 16 November 2013

(Video) Agenda pemilihan pimpinan PAS: Mengapa media sibuk bermain dengan isu Hudud di Kelantan saja? Agus taji Anwar Musa!

Ahad, 17 November 2013
Hukum Hudud Tidak Akan Dilaksana Di Malaysia - Najib
Uploaded on Sep 24, 2011
24/09/2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
-Malaysiakini.Com
Perlaksanaan hudud perlu kelulusan pusat - Agus taji Anwar Musa ke ni?
Pandangan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan yg hangat diperkatakan dan dimainkan oleh media... baik media arus pedana mahupun media media sosial pro-UMNO-BN

Puok juok UMNO yg cuba mempermainkan isu perlaksanaan hudud di Kelantan yg berlagak pandai TETAPI sebanarnya mereka 'BUTA' undang2 negara.

Hudud ini untuk dilaksanakan bukan untuk dipolitikkan. Tetapi bolehkah hudud ini dilaksanakan di Kelantan tanpa kelulusan kerajaan pusat? 

Pun begitu, jika negeri tetap mahu melaksanakan hukum hudud ini, ia boleh dilakukan dengan meminta kerajaan pusat (parlimen) membuat undang-undang bagi hal yang sedemikian seperti yang terdapat dalam Perkara 76(1)(c). Hal ini pernah dibuat oleh kerajaan negeri selepas Undang-Undang Jenayah Hudud Kelantan diluluskan oleh DUN pada tahun 1993, namun ditolak poleh kerajaan pusat pada tahun 1994. 

Setelah ditolak oleh kerajaan pusat, maka habislah ikhtiar negeri untuk melaksanakan hukum ini di negerinya. Jika dilaksanakan juga, maka ini adalah bertentangan dngan Perkara 75 perlembagaan yang menyatakan: “Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.” 

Jadi, apa tindakan negeri jika mahu melaksanakan hudud? Negeri tidak perlu membawa hal ini ke pentas ceramah dan berterusan berjanji akan melaksanakan hukum ini. Itu omongan kosong. Yang boleh dilakukan ialah kerajaan negeri dan pusat berunding dan bertolak ansur untuk saling menyokong hukum ini di parlimen bagi dilaksanakan di Kelantan. Maka, ini memerlukan kekuatan politik kedua-dua peringkat kerajaan.

Jika kedua-dua peringkat kerjaaan tidak boleh bertolak ansur, carilah kaedah lain. Tapi janganlah berterussan mendesak hukum ini dilaksanakan jika tidak adanya kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri. 

Cukuplah politikkan isu hudud ini... 
-Prof. madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff 
Posted by GeloraHatiMuda at 9:00 AM


ISU HUDUD DI KELANTAN - MENGAPA US NIK AMAR ULAS BUKANNYA MB ATAU EXCO AGAMA?
ENTAH mengapa tiba-tiba media mula hangat menyebut tentang Hudud yang dikatakan Kelantan telah pun mendapat 'green light' dari Sultan untuk melaksanakannya.  Tok Peti Kelantan pun teruja tentang Hudud ini dan mahukan Kerajaan Negeri melaksanakannya.

Apakah cukup dengan restu Sultan atau gesaan dari Tok Peti sahaja?  Harus diingat, Kelantan adalah salah satu negeri di bawah Kerajaan Pusat maka mahu tidak mahu Kelantan tetap berada di bawah Perlembagaan Negara.  Apakah kita merasakan Perlembagaan boleh 'merendahkan' sedikit kuasanya dari Al-Quran ?  Apa pun, tahniah, berkat PAS memerintah Kelantan maka ada sedikit demi sedikit keyakinan terhadap Hudud meningkat terutamanya di pihak atasan dan Istana.  Inilah yang selalu disebut oleh YB Husam Musa di dalam Dun Kelantan, bahawa Kerajaan Negeri mesti bersedia mulai sekarang untuk melaksanakan Hudud terutamanya dari segi teknikal.

Baiklah, mengapa media sibuk bermain dengan isu Hudud di Kelantan saja?  Apakah negeri-negeri lain di bawah Umno tidak berminat langsung dengan hukum ini?  Media kawalan Umporno ini memang sengaja mahu panaskan isu Hudud ini bukan sahaja untuk memberikan kerisauan kepada kaum lain yang bukan berugama Islam terhadap agenda PAS, tetapi ada tujuan lain iaitu agenda di sebalik Muktamar PAS (pemilihan pimpinan PAS) yang akan diadakan bermula 24 Nov ini nanti.

Media haprak ini ada agenda mahu menentukan pimpinan PAS yang cenderung kepada penyatuan bersama Umno akan menang kali ini.  Ada rakan beritahu, bila isu Hudud dimainkan di Kelantan, yang banyak mengulas isu ini bukan MB Kelantan tetapi Us Nik Amar.  Us Nik Amar adalah Exco berkaitan pelaburan atau tanah.  Sewajarnya yang bercakap isu ini tentunya MB sendiri atau paling tidak pun Exco yang berkaitan iaitu YB Nasarudin Daud yang memegang hal ehwal Islam dan dakwah.  Bukan tidak boleh Us Nik Amar bercakap bagi pihak Kerajaan Negeri atas jawatannya sebagai Timbalan MB, tetapi isu ini isu penting yang melibatkan dasar Kerajaan Negeri maka wajarlah MB atau Exco yang berkaitan ulas dahulu.

Justeru itu, ada yang berkata ini kempen terancang media untuk mempromosikan Us Nik Amar sebagai calon yang bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS di dalam muktamar akan datang.  Bagi aku, tidak perlu Hudud mahu dijadikan kempen mempromosikan calon di dalam PAS kerana semua ahli PAS tahu bahawa PAS sememangnya memperjuangkan Hudud sejak mula PAS ditubuhkan.  Hudud bukan perjuangan individu di dalam PAS.

Media cuba gambarkan bahawa Us Nik Amar menyokong Hudud manakala Mat Sabu bukan penyokong Hudud.  Ini lah sebenarnya agenda media.  Hakikatnya semenjak PAS wujud dan Mat Sabu berada di dalam PAS, dasar PAS terhadap Hudud tidak pernah disanggah oleh Mat Sabu.  Oleh itu, jangan terperangkap dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan ahli-ahli PAS dengan isu ini.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 4:05 PG

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena