Friday 22 November 2013

Keputusan Penuh Sebentar Lagi! Mat Sabu Akan Kekal Timbalan Presiden Pas

Sabtu, 23 November 2013
Ketika perwakilan PAS mengundi bagi memilih kepimpinan baru untuk parti pembangkang tertua itu, sumber dalaman menjangkakan perubahan bakal berlaku dalam Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti berkenaan.Meskipun mereka menjangkakan lebih ramai anggota konservatif menduduki jawatan berkenaan, namun empat jawatan tertinggi daripada Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden akan dikawal kumpulan progresif.

Ada kemungkinan Timbalan Presiden sedia ada, Mohamad Sabu akan dikekalkan.

Dengan tiga individu progresif mengisi jawatan Naib Presiden, salah seorang berkemungkinan digantikan oleh kumpulan konservatif.


Trend mengundi, kata salah seorang ahli lama kepada The Malaysian Insider, menimbulkan kebimbangan ahli akar umbi terhadap Bahagian bagaimana ia dilayan oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun PAS berkata akan kekal dalam pakatan pembangkang berkenaan, difahamkan ahli dan pemimpinnya masih khuatir bagaimana mereka akan dilayan oleh PKR dalam pengagihan kerusi dan kempen ketika pilihan raya lalu.

Ia bakal memberikan kesan kepada perwakilan yang mengundi calon yang boleh mengemudi PAS mencapai matlamatnya, seperti kerusi dalam pilihan raya dan Pakatan.

Pemimpin Pakatan Rakyat berkata pemilihan itu akan diperhatikan kerana ia menentukan sama ada PAS akan kekal melaksanakan pendekatan inklusif untuk meraih sokongan rakyat Malaysia.

Prestasi PAS terhadap pengundi luar bandar turut menjadi faktorterutamanya kumpulan konservatif. Mereka merasakan fokus PAS kepada kumpulan bukan Muslim dan Melayu bandar memberikan kesan terhadap masyarakat luar bandar.

Terdapat percampuran antara progresif dan juga konservatif, termasuk ulama dalam AJK Pusat. Ahli mahu melihat keseimbangan antara mereka, kata perwakilan PAS dari Selangor yang enggan dinamakan.

Timbalan Presiden PAS, tiga Naib Presiden dan 18 jawatan ahli jawatankuasa kerja Pusat akan dipertandingkan ketika Muktamar ke-59 di stadium Malawati, Shah Alam hujung minggu ini.

Disebabkan masalah teknikal, pengundian untuk AJK Pusat ditunda esok dengan timbalan presiden dan naib presiden dimulakan hari ini.

Pemilihan ini menyaksikan pertandingan antara kumpulan konservatif yang terdiri daripada kumpulan ulama, guru, dan ustaz, manakala kumpulan progresif terdiri daripada kumpulan professional.

Penganalisis politik Dr Farish Noor berkata, beliau menolak adanya pergeseran antara kumpulan berkenaan kerana mereka masih berpegang kepada perjuangan asal PAS mewujudkan negara Islam.

Bagaimanapun, persoalan yang wujud adalah sejauh mana konsep berkenaan ditekankan antara mereka.

“Kesemua mereka individu beragama dan mahu melihat negara berjalan mengikut lunas Islam, kata Farish ketika dihubungi.

Namun dengan sebahagian ahli mahukan fokus seperti undang-undang hudud, yang lain turut menekankan usaha untuk sistem ekonomi Islam dan isu keadilan sosial, katanya.

Muktamar Pas hari ini menangguhkan pemilihan anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berikutan kesilapan yang berlaku pada kertas undi.

Pengerusi Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi ketika mengumumkan perkara itu berkata pemilihan hari ini hanya akan dijalankan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Katanya pemilihan untuk anggota jawatankuasa akan diadakan esok.

Sebanyak 61 calon menawarkan diri bertanding bagi mengisi 18 kekosongan anggota jawatankuasa.

Mengikut jadual Pas, seramai 1,300 perwakilan dari seluruh negara mula mengundi bagi kesemua jawatan dalam Jawatankuasa Kerja parti itu.

Bagaimanapun proses mengundi yang sudah bermula lebih 30 minit itu berhenti selepas Jawatankuasa Pemilihan menyedari masalah berkenaan dan meng
umumkan untuk menangguhkannya.

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena